Monday, November 16, 2009

ICU~

Dugaan masih ada untuk saya..saya fikir dugaan yang paling berat untuk saya ialah kegagalan temuduga dan menjadi penganggur terhormat...tapi ternyata meleset anggapan saya itu....masih ada banyak ujian dan dugaan untuk saya........

Tetapi, Allah tidak menurunkan dugaan dan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh seorang anak adam...setiap ujian yang dilalui dan diberikan adalah secocok dengan kemampuan kita sebagai manusia biasa...itu janji Allah buat semua anak adam...maka walaupun pada saya ujian dan dugaan yang terima dalam dua tiga bulan ini amat perit tetapi berpegang dengan ayat dalam surah Al-Baqarah itu saya percaya pasti ujian ini tidak mungkin mampu untuk mencederakan saya...ia hanya sebagai peringatan kepada saya untuk meneruskan kehidupan dengan bersandar kepada keimanan dan ketaqwaan kepada Allah dan beriman dengan qada' dan qadar Allah tanpa ada sedikit pun keluhan.....23 tahun usia saya, saya rasa belum pernah saya diuji dengan ujian yang membuatkan saya merintih kepada Allah supaya jangan uji saya dengan ujian yang tak mampu saya tanggung....jangan ditambah lagi 'penderitaan' saya yang sudah sedia ada....perjalanan hidup yang penuh dengan nikmat pada mulanya, tiba-tiba satu demi satu ujian dan dugaan mula menjengah kehidupan saya...pada saat itu, saya mula belajar untuk mengenal erti kegagalan, kepahitan satu kekecewaan dan bagaimana sakitnya meneruskan kelangsungan hidup dengan hati yang sebu, peritnya laluan hidup yang penuh berliku....

Saya menerima surat gagal temuduga, dan di situ saya mula mengenal fitrah kehidupan duniawi yang pasti akan ada kegagalan untuk mendaki tangga kejayaan yang hakiki....untuk mengajar saya supaya jangan bongkak dan over confident dengan apa jua yang saya lakukan...saya amat yakin saya boleh lulus interview itu, dan dapat posting sekali dengan kawan-kawan yang lain...akhirnya saya keluar dari 'comfort zone' kejayaan saya dan belajar berkawan dengan kegagalan dan kekecewaa...walaupun sampai ke saat ini, masih berbekas rasa ralat itu tetapi saya diuji lagi...

Sabtu lepas, dalam pukul 11 pm abah tiba-tiba tidak sedarkan diri...hanya matanya sahaja yang terbuka dan tangan kirinya mengerekot, digenggam...masa mula-mula saya sedar mak yang perasan bila tengok abah diam sahaja tetapi matanya terbuka..saya ingatkan abah sudah tidur....saya nampak tangan kiri yang digenggam, mata yang terbuka tetapi saya tidak terfikir langsung untuk melihat abah...saya pergi ke dapur menggoreng telur dan lalu di kelambu abah nampak matanya yang hening terbuka...patutlah masa saya tengok abah, saya dah nampak tangan abah macam tu...bila mak pergi tengok dan panggil abah barulah saya sedar theres somethinh wrong with him...mak panggil abah dan mak kata abah hanya menyahut sedikit...mak suruh panggil cik mat tetapi cik mat tiada...cik nah datang dan jiran2 lain juga mula datang...abah dah tak sedar, dah tiada respon tetapi matanya masih terbuka cuma memandang ke atas....saya dengar bunyi mengerang abah lama sebelum itu, cuma saya memang tidak terfikir apa-apa langsung.sebab sebelum ini, abah memang selalu mengeluarkan bunyi begitu....MA datang ke rumah dan abah dihantar ke hospital..pada mulanya kami hanya mahu menunggu sahaja di rumah tetapi dengan nasihat jiran-jiran kami bawa abah ke hospital...dalam ambulans, sudah banyak kemungkinan yang muncul dalam kepala saya dan mata abah mula tutup perlahan-lahan...saya memang cuak, mana tahu di situ semuanya akan berakhir...Alhamdulillah, kami sampai ke hospital dengan selamat...di wad kecemasan, abah mula sedar selepas ditekan dadanya oleh Dr....harapan saya mula berbunga dan Dr syak abah kena strok tetapi selepas itu Dr juga seperti hilang punca...abah dihantar ke wad harian dan saya tunggu hingga tengah hari..

Only after that my sis came and i cannot imagine how i felt at that time when he kept asking for water...he began to react like an innocent child who wanted for water so badly...he still awake but he cannot memorise all of us accordingly...maybe he didnt really conscious, just awake...i went back home, living my abg long there...my kak nisah arrived and drove my mak to hospital to see him...still, he awake but he still want the water..the dr insisted he cannot be given any food and water until his condition being finalized by all the dr who handled his case....

i moved on my life, went to school as usual, but then i heard his condition getting worse and being admitted to ICU...on monday noon, abah was ICUed and he was unconscious....i went to see him right after i went home with Kak Cik..alhamdulillah, she can drive me to hospital...

In ICU, i saw my akak's eyes were red, filled with tears and when i saw him my tears started falling down and all my strengths i have in my entire life for 23 years vanished, faded away just like that..maybe that was the most saddest day in my life as i remembered...with all those kind of tubes and wires, seeing him lying down helplessly i felt really weak, realized how weak a human can be...i cannot control my tears..

i cant write it anymore~



Wednesday, November 11, 2009

This Is What We Call LIFE......

Sudah terlalu lama saya tidak menulis di blog ini..bukan kerana kekangan masa tetapi kerana terlalu mlas untuk menunggu internet yang sangat lambat...banyak yang berlaku dalam tempoh setengah tahun selepas saya tamat belajar...
perkara yang paling menyakitkan berlaku....

KEKECEWAAN & KEGAGALAN...

saya gagal dalam temuduga untuk posting dan skarang saya tersekat di tengah2 jalan kehidupan tanpa ada arah dan tujuan...seakan hilang semua semangat dan hala tuju saya...tetapi, alhamdulillah saya masih ada ALLAH yang sentiasa bersama hamba-Nya tidak kira apa yang berlaku...saya yang lemah dan kerdil ini perlu akur dengan qada' dan qadar yang telah ditentukan untuk saya sejak azali...saya belajar banyak perkara dalam tempoh sebulan dua ini...tiada sesiapa pun yang mampu meneka apa yang akan berlaku walaupun untuk tempoh sesaat selepas saya habiskan menaip patah perkataan ini...saya terasa betapa lemahnya kudrat saya sebagai seorang hamba untuk menerima takdir Yang Maha Kuasa. terasa kelam dunia ini bila saya menerima surat memaklumkan yang saya gagal dalam temuduga dan perlu memohon lagi...saya perlu menunggu lagi, paling kurang setengah tahun lagi untuk melalui proses yang sama..apply sekali lagi untuk interview dan tunggu interview kemudian tunggu lagi sama ada saya berjaya dan layak untuk posting........dah banyak air mata yang mengalir...dah banyak soalan sama yang ditanya..mengapa saya gagal?
soalan yang amat sulit untuk dijawab....soalan yang saya langsung tiada skema jawapan....saya gagal dlam temuduga dan itu sahaja yang saya tahu...sesuatu yang sepatutnya saya boleh lulus tetapi saya masih gagal..semua rakan-rakan seperjuangan sudah mula mengajar, sudah posting dan bertebaran meneruskan kehidupan sebagai khalifah Allah Taala...saya yang masih di takuk lama, di tempat yang sama tanpa perubahan..bukan niat saya untuk mempersoalkan takdir yang ditetapkan, saya mencuba sedaya upaya menelan kepahitan kegagalan dan kekecewaan itu tetapi hati kecil saya masih meronta kesakitan 'meraikan' semua itu..tetapi semakin hari semakin banyak yang saya belajar...sejak dari saat pertama saya menghadam hikmah kegagalan...

Kegagalan ini merupakan petunjuk untuk saya menjadi manusia yang lebih baik..manusia yang tahu diri..manusia yang insaf akan kelemahan seorang manusia...manusia yang perlu bermuhasabah diri setiap hari kerana manusia tidak pernah lekang daripada kegagalan..manusia yang perlu sedar diri yang kita ini amat lemah..amat amat amat lemah dibandingkan dengan Zat Yang Esa...saya belajar menerima kekalahan pertama saya dalam mengharungi kehidupan ini..my very first failure and true...this failure is hurting me so much...kekalahan yang akhirnya menyedarkan saya rezeki itu HAK Allah dan tiada sesiapapun yang mampu menduganya...REZEKI saya masih belum ada dan masih belum terbuka untuk dinikmati saya....yang paling menyakitkan, yang membuatkan saya sukar untuk menyuruh hati saya tabah ialah semua kawan saya dapat tempat dan posting mengikut negeri pilihan...su ke sabah, nurul ke kl dan jannah ke melaka, ramai lagi budak usm yang sudah dapat tempat posting...semuanya murah rezeki....saya yang terkontang kanting keseorangan....terasa ingin melarikan diri daripada semua orang.. tetapi akhirnya saya mula faham...kalau bukan rezeki saya apa yang saya lakukan pun tidak mungkin ia akan menjadi milik saya...jadi saya meneruskan kehidupan, berdoa tanpa jemu yang rezeki saya akan tiba secepat mungkin dan murah rezeki saya...


Kita belajar, Allah itu Maha Kaya dan kita wajib beriman dengan itu..siapa lah kita ini, yang hanyalah seorang makhluk untuk meneka dan menelah takdir hidup yang seterusnya...saya dikurniakan jalan keluar untuk menghilangkan kesedihan itu..saya mendapat tawaran untuk menjadi guru ganti di SMK Kuala Krau..laluan pertama saya ke jalan kejayaan dan jalan keluar untuk kesedihan yang tidak pernah saya alami sebelum ini...kembali ke sini bermakna kembali ke memori lama, memori seorang pelajar kuala krau yang penuh dengan kemanisan dan kebahagiaan...3 tahun di sini, saya tidak pernah berasa sedih dan mungkin itu sebabnya Allah memberikan tempat ini untuk saya melupakan kesedihan saya dan mencari ketenangan dan belajar untuk redha dengan apa sahaja ujian yang telah diturunkan...Alhamdulillah, saya tenang di sini dan walaupun 19 hari, mungkin ini petunjuk untuk meyakinkan hati nurani saya, this is not the end of my life...life is a very long journey and failure is one of its various spices..saya masih ada thousands miles of long journey untuk saya harungi dan kegagalan ini hanyalah penguat untuk saya sedar dan menginsafi diri ini, betapa terhadnya kekuatan saya untuk menentang takdir dan saya perlu kuat dan tabah untuk melaui semua ini..walaupun air mata masih berlinang kadang2 tetapi jika saya tumbang sekarang, sudah pasti tiada lagi kejayaan untuk saya dan im a total cowoardee...kawan2 menguatkan semangant, ini satu petanda yang masih ada rezeki untuk saya dan betapa kasihnya Allah kepada saya, makhluk yang penuh dengan dosa dan kesilapan ini...kasih sayang Allah amat luas dan amat mustahil untuk difahami oleh makhluk seperti saya..saya perlu bersyukur yang saya ini masih disayangi dan dihargai..saya bukanlah terlepas dari pandangan Dia..doa saya masih didengari dan say masih dalam kalangan hambaNya yang diredhai dan dibantu untuk keluar daripda kelompok dan peraan kehilangan dan sedih....

Terima Kasih Ya Allah di atas kurnianMu yang tidak ternilai ini....

Saya masih menaruh harapan yang tinggi akan tiba masanya rezeki untuk saya posting dan buat masa sekarang, meneruskan kehidupan adalah matlamat utama saya...

Life goes on...

And with all those obstacles and challenges, they only make you stronger in the end and this is what we call LIFE......




Monday, July 6, 2009

Hayatie...

Terbaca blog kawan baik saya yang baru memulakan master programnya di ukm...saya berharap saya mampu untuk menjadi paling kurang setengah tabahnya seorang hayatie...susah untuk mendapat seorang sahabat dan betul, saya amat bersyukur untuk mengenali dia...begitu payah dan penuh dengan duri onak ranjau dan semua kesusahan hanya untuk menjadi lebih berjaya..saya memang tabik spring pada die..tibe2 terasa rindu dengan dia walaupun selalu sahaja kami bersms...yatie, now you are living a very meaningful life...maybe all the difficulties and obstcles are leaving you slowly because they begin to realize how starong you are...my prays will all be yours forever..im really thankful to know you and have you by my side untill today...hopefully until my last breath you will always be by my side..

I'm back~

Dah lama tidak menulis, terasa janggal...k un sudah berkarat lantaran terlalu lama bercuti tidak melakukan apa-apa....saya hanya menghabiskan masa dengan rutin yang sama setiap hari..nothing new..macam dah boleh dihafal waktu dan masa untuk setiap aktiviti yg akan dilakukan..tetapi kebiasaannya benda yang sama. bangun lewat, lepas tu kalu rajin akan masak apa yang patut kalau mak tak masak. tapi kalu mak dah masak saya akan makan sahaja...kalu sampai angin saya akan memasak apa yang patut..tidak lah hebat tetapi msh dalam proses belajar menjadi isteri dan perempuan yang smpurna di mata sang lelaki...bertahun saya hidup, kebanyakannya dilakukan oleh mak dan akak..sejak dari kecil lagi..segalanya diuruskan oleh mak dan akak..masa menengah rendah, mak uruskan semua, hanya belajar menggoreng telur tu pun x pas lagi..masuk tingkatan empat saya bersekolah asrama, langsung tiada kesempatan untuk belajar menjadi wanita yang layak digelar sempurna...waktu cuti saya akan berehat, menonton tv dan tidur...habis spm saya melepak di rumah kakak saya yang lagi seorang, lagi bertambah malas saya, di situ akak saya yang buat semuanya..memasak, membasuh dan mengemas..tempoh hampir 2 bln tu selepas spm memang saya tidak melakukan apa2 pon...kerja utama saya adalah makan dan menonton tv tanpa melakukan satu kerja pon...kemudian surat pkn sampai, dan bermula era pkn saya selama 3 bulan..di situ lagilah saya tidak melakukan satu kerja pon..semuanya sudah disediakan..hanya perlu menjalani latihan mengikut modul yang disediakan dan mencuci baju pada hnya hujung minggu...saya tidak perlu mengguanakan otak pon untuk 3 bulan tu..habis pkn hanya ada tempoh seminggu becuti dan kemudiannya mendaftar di matrik..zaman yang amat menggembirakan dalam seumur hidup saya...mungkin terlalu khayal dengan keseronokan, pelajaran pon cukup2 makan untuk masuk u..alhamdulillah masuk juga saya ke usm dan empat thun itu juga amat menyeronokkan...dan dalam tempoh empat tahun ini lah baru saya belajar memasak, bermula dengan asas memasak nasi..saya masih ingat ada sekali saya mencuba memasak nasi masa mak tiada di rumah, tidak jadi nasi tapi bubur..terlebih air, tidak tahu untuk menyukat air...sedikit demi sedikit saya belajar: menggoreng ikan, menggoreng sayur...lauk yang amat mudah disediakan...dan sehingga saya praktikum di kulim la baru saya belajar memasak sesuatu yang lain...saya mencuba memasak gulai lemak, kari dan gulai masam..ok lah walaupon tidak sesedap mak masak...malahan polish skill untuk masak nasi guna periuk biasa, bukan rice cooker...dan sampailah ke saat saya menulis ini, saya hanya boleh mengatakan cooking skill saya bertambah baik..saya juga sudah pandai menyiang ikan dan 2 hari lepas saya menyiang ayam untuk pertama kalinya dalam hidup saya...
bersusah saya belajar dan pada usia 23 masih banyak yang perlu saya belajar kerana masih banyak yang saya belum tahu..ada seorang kawan yang memang sudah boleh survive di dapur dan membahagiakan perut suami...dalam tempoh bercuti ini la saya harus melangsaikan semua hutang masa remaja yang saya abaikan untuk belajar banyak hal menjadi surirumah yang berjaya...
selain belajar memasak, saya hanya habiskan masa menonton tv dan bertekak dengan mak...selain makan, saya hdup dengan tv shj...tanpa tv mungkin saya tidak akan betah untuk tinggal di rumah ni...itu sahaja kerja yang saya lakukan dalam tempoh tidak menulis ni...
harapnya masa yang masih ada ini mampu saya laksanakan banyak perkara...teringin juga menanam bunga tetapi sudah bertahun saya lupakan hobi tu..masa kecil2 rajin juga saya menanam bunga untuk dijadikan taman tetapi as time passes by, banyak kehidupan dulu yang dah lupakan..

Saturday, May 23, 2009

Hmmm....

Sudah lama saya bercuti di rumah membuang masa tanpa melakukan apa2..dan hidup saya juga sepi tanpa internet...cuma hari ini alhamdulillah tidak semena-mena internet dapat pula..saya hanya mencuba sesuka hati sahaja untuk mengubah setting brodband dan akhirnya berjaya juga saya menggunakannya...sudah terlalu lama tanpa internet dan rasanya amat memeritkan...

Monday, May 4, 2009

The friendship~

My very last day in kulim..tonoght im going back to where i belong...hopefully i will not be 'posted' here..its enough for me to be here..only one thing that keeps me strong here, my friends...without them, i couldnt imagine how im going to live my life here....facing the students, the housemate, everything about beginning a new life in a new place....so isolated and strange......But here, i built a friendship, a relation that will remain in my life forever....i will never forget the life i had here....full of sadness but healed by the sweetness of a friendship....they taught me the meaning of friendship and in future, i really hope i will find new friends exactly like them......
~Beggar cannot be picky~

Saturday, May 2, 2009

Hari baru....

beberapa hari lagi saya di sini sebelum kembali ke kampung halaman.....bercuti beberapa bulan sebelum mengetahui sama ada saya akan dapat posting atau memasuki kategori penganggur kehormat...abg cik sudah memberitahu dengan jelas, tamat saja saya belajar maka tamatlah tanggungan kewangan dia ke atas saya...saya perlu mula mencari wang sendiri dan berdikari..buat masa ini saya akan 'menjaga' mak dan ayah saya dahulu, mendapat wang saku 100 sebulan dan tambahan digi cam sebijik..itu yang membuatkan saya menangguhkan hajat untuk bekerja...saya perlu berehat dahulu, berehat dalam erti kata akan duduk-duduk sahaja di rumah, sambil makan dan tengok tv.....
beberapa hari sahaja lagi juga saya akan meninggalkan sahabat-sahabat di sini, sahabat yang sudah bersama saya sejak di hari pertama saya di usm...mengenali semua yang amat baik..kawan yang bersama2 bersengkang mata menyiapkan assignment sama2 mengumpat juga...ingatnya saya tidak akan berasa apa2 tetapi semakin lama saya saya semakin sayu....meninggalkan mereka semua...sayu dan hiba mula beraja di hati...saya sungguh bersyukur mengenali mereka, berpeluang untuk menjadi sahabat mereka..sahabat yang sungguh2 bersama saya sejak mula.
masih ingat bagaimana payahnya berebut untuk masuk mendaftar tutorial math buat pertama kali, nurul masih juga masuk sekali dengan saya walaupun nama dia sudah ayin tuliskan....berebut dalam erti yang sebenar, semua berpusu2 berebut tolak menolak untuk masuk agar dapat memilih hari dan waktu yang paling ideal....kemudian apabila demam asignment bermula, kami mula bertungkus lumus menyiapkan kerja yang amat seronok dilakukan last minute...

Friday, May 1, 2009

Sudah Tamat Semuanya...benar?

Sudah tamat hari-hari saya bergelar guru praktikal....bermakna hari dibenarkan untuk melakukan kesalahan juga sudah tamat....tamat 30 bh april tamatlah riwayat saya sebagai pelajar, dari tadika hingga tamat tahun akhir akhir universiti, sudah banyak yang dipelajari.....tetapi di sekolah ini menjadi guru pelatih, banyak lagi yang saya pelajari untuk menjadi guru yang baik....sekolah memang medan terbaik untuk mempelajari banyak perkara...Keluar dari sekolah dan bergelar guru kelak means no mistake is allowed, never....
Sejak dari saya kecil, guru bukan lah kerjaya idaman.....
Semua rakan-rakan apabila ditanya tentang soalan popular dulu-dulu oleh para cikgu, 'dah besar, kamu nak jadi apa?' semuanya akan menjawab nak jadi cikgu tetapi saya tidak pernah berminat langsung untuk bergelar pendidik....tetapi akhirnya takdir saya membawa saya melangkah ke sini, ke bidang perguruan..mencurah berkongsi ilmu yang ada...bidang yang tiada langsung daya penarik pada saya kerana saya lebih terpengaruh menjadi doktor dalam ER ataupun peguam-peguam hebat dalam drama televisyen....semakin saya membesar, semakin saya pasti untuk menjadi peguam tetapi saya tidak tahu di mana silapnya dan bagaimana saya telah melepaskan peluang itu, mencari dan menggapai peluang lain...saya masuk ke matrik, belajar main-main untuk setahun dan dengan keputusan yang tidak seberapa saya memohon kursus perguruan dengan harapan untuk menjadi guru matematik...Alhamdulillah masih ada rezeki saya untuk masuk ke universiti dan akhirnya tamat juga perjalanan panjang ini walaupun masih jauh dan banyak lagi jalan yang perlu dilangkahi..kembara saya di usm tamat dan saya akan memasuki kembara baru, yang masih samar2 jalannya...memasuki semula sekolah seakan melanggar apa yang tanam dalam hati apabila saya meninggalkan bumi SHAH untuk selamanya 5 tahun lepas; saya tidak ingin lagi kembali ke 'sekolah'....................
Kitaran hidup saya seakan berpusing kembali ke paksi yang sama, perasaan 'unease' itu seakan kembali menghantui saya....mengekori saya dengan rapat dan membuatkan saya semakin sukar untuk bernafas....saya melalui zaman persekolahan yang amat menyeronokkan, dari tadika hingga ke tingkatan 3....zaman yang akan saya kenang hingga akhir hayat saya.....semuanya mula berubah apabila saya memasuki SBP, saya menerima tawaran itu untuk 'lari' dari rumah...lari dari anak-anak saudara yang ada di rumah..tetapi di situ saya juga masih perlu berlari, malahan saya berlari dengan lebih laju sehingga rasa ingin putus nafas....dari hari pertama saya di situ saya sudah merasakan ketidaksenangan dan sesak nafas......saya tidak akan mengatakan berada di situ amat tidak menyenangkan tetapi mustahil saya akan lupa apa yang lalui dan tempuhi 2 tahun di situ...ada banyak pengalaman manis di situ tetapi sekali lagi rasa pahit di situ mengikuti saya hingga sekarang dan memenangi rasa manis yang ada...saya sudah mulai lupa apa yang manis tetapi saya masih ingat bagaimana saya belajar untuk hidup situ, bertatih merangkak sebelum saya mampu untuk berjalan dan berlari....ada masanya saya rebah, amat sakit untuk bangun.mengenangkan kehidupan masih jauh, saya gagahkan diri dan bangkit....dan satu ketika air mata saya tumpah, saya merasakan amat sakit ketika itu dan tandas menjadi saksi bagaimana lemahnya saya saat itu, bagaimana lurunya air mata saya dan bagaimana perlunya saya akan seorang sahabat dalam erti kata sebenarnya...2 tahun yang mengajar saya mengenali banyak perkara..sekolah itu menjadi titik mula saya dalam versi yang baru...walaupun banyak yang sakitnya tetapi saya akan terus mengingati bagaimana saya mencipta kejayaan di situ..bertemu dengan sahabat baru yang masih bersama saya hingga ke saat ini....ini sedikit sebanyak bagaimana saya melalui fasa terakhir persekolahan saya yang membuatkan saya takut dan serik untuk kembali ke sekolah...cuma di saat akhir perjalanan dan susun atur hidup dan takdir saya berpusing kembali ke sekolah dan saya perlu mengharunginya dengan keyakinan.....sekali lagi...
Entah kenapa saya kembali mengingati saat itu dan benar rasa pahit itu tidak pernah hilang..saya masih ingat betapa bersyukurnya saya saat tayar kereta meninggalkan bumi shah dan saya tidak mungkin akan pernah kembali ke situ..seakan dejavu, sekolah hanya mengingatkan saya pada kepahitan walaupun sebelumnya zaman persekolahan saya penuh warna warni dan kegemilangan......
Saya pasti tentang sesuatu; kepahitan tidak mungkin hilang..saya hanya boleh melupakannya..tatkala saya kembali mengingatinya, rasa pahit itu akan kembali menggigit rasa hati saya dan kegembiraan tidak dapat menandingi kepahitan itu..never....
untuk menghilangkan kepahitan dan kesedihan itu, berpura-pura tiada yang terjadi mungkin akan menjadi senjata yang amat ampuh...
~The wall we build to keep us from sadness also keeps us from happiness.....its true....~

Wednesday, April 29, 2009

Teacher's heart is fragile?

Lembut rupanya hati seorang manusia bergelar guru...baru saya tahu makna perasaan dan hati seorang manusia bernama guru....tatkala seorang anak muridnya memohon maaf, tersentuh juga hati ini yang rasanya sudah amat keras...dia mahu juga memohon maaf untuk kesalahan dia, meminta dihalalkan ilmu yang diberi.....masa itu terasa lembut hati saya, memaafkan dia dan berharap tiada apa yang terjadi. tetapi, akan selalu ada tetapi dalam hidup ini; separuh hati saya lagi enggan untuk memberikan kemaafan itu...sungguh saya sudah menghalalkan ilmu saya tetapi hati yang dicarik dia belum mahu untuk memaafkan dan melupakan semuanya...its easy to forgive but not to forget....tadi dia masih mengharapkan kemaafan daripada saya, saya cuma tidak tahu sama ada dia sudah insaf atau belum...sekurangnya dia sudah memohon maaf, mengeluarkan patah-patah perkataan keramat itu dari mulutnya. saya hanya mahu dia membesar dengan kebaikan, menjadi manusia yang baik....yang boleh berbakti....ini buktinya bagaimana hati yang sudah saya keraskan sejak hari pertama di sini seakan cair bila saya mendengar dia berbicara memohon maaf.....rasa yang masih sama, aroma kelas yang masih sama tidak berubah, sama dengan keadaan hati saya pada mereka; tidak berubah...saya membahagi hati saya untuk 2 kelas itu tanpa adil, satu dengan gembira walaupun masih ada marah dan tegas tetapi untuk yang satu lagi saya tidak pernah merasakan kebahagiaan..amat tidak adil...itu satu lagi hal yang perlu diselesaikan sebelum saya benar2 layak bergelar guru.....saya perlu berlaku adil pada semua...saya marah dengan 2s tetapi kemudian marah itu akan hilang dengan hari yang berlalu tetapi di kelas yang satu lagi, saya seakan menyimpan marah itu, saya kumpul sedikit demi sedikit hari demi hari dan menjadi dendam yang tiada kesudahan..saya tidak tahu mengapa, tiada jawapan langsung untuk itu....saya menyelam ke dalam hati saya, bertanya mengapa tetapi kemudian saya sendiri yang membiarkan soalan itu tanpa jawpaan. saya seakan takut untuk mencari jawapan kerana takut ia akan membawa kepada kesalahan diri saya sendiri...saya takut saya yang memang layak dengan semua yang berlaku di sini..saya amat takut dengan hakikat kebenaran itu...hakikat yang menyakitkan saya sendiri akhirnya....

Hari terakhir di sini masih sama dengan hari sebelumnya, cuma saya tidak mengajar sangat untuk 2 s. 2 m saya mengajar seperti biasa dan mereka seperti biasa mengecewakan saya. topik yang sepatutnya sudah patut lama dikuasai sejak di form 1 masih ramai yang gagal untuk menguasainya dengan sempurna. saya marah seperti biasa, dari suara yang lembut dan baik ia bertukar sekelip mata menjadi halilintar......sangat sakit hati bila mengetahui mereka tidak memahami apa yang diajar..jika salah saya langsung tidak pandai mengaja, tentu semua tidak akan faham tetapi yang perempuan masih ramai yang boleh faham so theres something wrong with the boys.....my main concern is they refuse to listen....suka memerhati keadaan sekeliling dan hilang dalam dunia fantasi masing-masing yang tiada sempadan....

Saya masuk ke kelas 2s sebentar dan memberikan ganjaran kepada yang memperolehi markah tinggi dalam test 1 dan 2. hadiah yang amat simple tetapi harapnya dapat dihargai daripada seorang guru praktikal.....kemudian saya menyemak buku latihan untuk mengelakkan kak nora bertambah beban kerja dan membiarkan mereka melakukan kerja sendiri...ada yang bising dan saya masih menghukum mereka berdiri tetapi nazirul dan husaini masih patuh kepada saya..tidak membuat muka melawan dan tidak puas hati..itu yang menjadi perbezaan langit dan bumi antara 2 kelas itu....saya sudah puas marah pada 2s tetapi kemudian mereka akan melupakan nya dan masih sanggup untuk belajar dengan cikgu garang ini tetapi 2m amat mudah melawan. faiz izuan, anuar, husaini, hafiz, haqqim semuanya pernah menjadi mangsa kemarahan saya tetapi mereka pada akhirnya akan belajar tanpa dendam....yang perempuan juga sama, ada seorang dua sahaja yang main2 tetapi kebanyakan mereka belajar dengan baik...kerja rumah disiapkan, dan belajar dgn tekun...saya tiada masala dengan mereka....masalah utama saya adalah 2m yang amat malas dan perlahan dalam proses pembelajaran......saya amat sakit hati kerana konsep mudah juga mereka tidak boleh lakukan....
harapan saya agar meraka akan berjaya akhirnya dan tidak menyesal kerana tidak pernah bersungguh dalam pelajaran.....


Tuesday, April 28, 2009

My second last day here......

Sepatutnya saya sudah boleh bergembira dan bahagia di hari kedua di sini.  tetapi sayangnya masih ada tugasan yang perlu disudahkan.  dr masih mahu datang dan 'observe'.  saya berasa amat tidak puas hati dan terkilan.  kawan-kawan yang lain sudah bergembira, su bercuti hari ni untuk menyiapkan research, jah sudah lama habis observe, nurul juga menjadi kupu-kupu malam kerana tiada lagi beban dan tanggungjawab.  hanya saya yang masih terkial-kial berfikir dan memerah otak untuk menyiapkan lesson plan untuk esok.  tetapi kerana rasa malas yang amat besar, saya hanya membuat sesuatu yang amat biasa dan simple.  hanya menulis tangan kerana pen drive dimakan virus, saya sudah terlalu malas untuk menghadapi semua ini. saya hanya mahu pulang dan berehat.  masa bekerja akan tiba dua atau tiga bulan lagi, jadi sebelum itu saya perlu berehat dahulu.  inilah naluri yang akhirnya selalu membawa manusia ke jalan kehancuran dan kebinasaan.    

Monday, April 27, 2009

TENSION...To choose between "ANGEL" & "DEVIL".....

I just received a relief... I JAYA....i really hate that class. at the age of 13, they have a really high potentiol to become useless in their whole life...as they grom up, they will just cause more troubles to school. its not a pray from a teacher but the truth...the composition of the students is not too differ, malay and chinese but the challenge is great...it drives me crazy...thank allah im leaving this school.. but the chaos caused by them is unbearable. they just cannot be healed...
They cannot focus at anything, one of my friends here now just let them do any thing as they wish..out of energy to control them....jusat the same case with me with 2 m. both are like hell...the different i still have enough energy to yell and shout at them but see mee refused t control them now. yesterday, wong and see mee said they can hear my voice untill staff room. i just want to make them listen.
Sakit la hati bila kita terjerit2 mcm apa masa mengajar then tibe2 bile suruh buat dekat depan, panggil sesiapa yang bertuah langsung tak boleh nak buat...dah bodoh tu mengaku lah bodoh dan dengar apa yang cikgu ajar. datang depan, kawan plak yang kena ajar. memang dia nak cari nahas. dendam saya pasal dia tidur waktu kak nora observe hari tu pun belum habis lagi. duduk dekat belakang, berkhayal kemudian terpinga-pinga bila saya panggil ke depan selesaikan soalan...saya betul-betul geram. she is driving me to madness...in the end, she got scolded by me and the whole class being punished too....listening to my mumbling....mesti dalam tempoh 4 bulan ni dia tak belajar apa-apa....duduk kat belakang, tidur dan berkhayal macam orang tengah high....
Tak abis lagi pasal 1 jaya jahanam tu, tiba2 saya merapu pulak pasal sharifah 2 setia....banyak betul hal saya nak membebel pasal diorang yang kat sekolah ni...tapi bila fikirkan farihanis hajar vhinusha dayang balqis yasmin tidakla sakit sangat hati ini. ada juga sesuatu untuk saya simpan jauh di dalam di sudut kenangan hati saya yang ada juga kebaikan yang saya dapat dari sekolah ini.....faiz faiz faiz nama yang sama tetapi amat berbeza juga mengajar saya tentang kehidupan di sekolah dan cara terbaik untuk menghadapi mereka. walaupun mereka membuatkan saya marah tetapi dendam itu tidak sehebat dendam saya pada 2 maju. lelaki dan perempuan sama sahaja. berani aimuni menghentak buku ats meja, enggan mengaku tidak membawa buku teks. sudah terlalu lama saya menjadi baik, membiarkan mereka membuat keputusan sama ada hendak atau tiudak membawa buku, nah sekarang walaupun di saat akhir saya masih boleh dan akan bertindak....
Masih tercari-cari idea untuk berhadapan dengan 1 jaya untuk relief nanti....penat juga jika hendak marah sahaja....tapi bab kreatif ini saya memang fail....
Mencari sesuatu yang menyenangkan dan menggembirakan amat sukar berbanding berjumpa dan bertemu dengan perkara yang amat menjelikkan dan menjengkelkan...This is what we call L.I.F.E
At any path in this life, theres always possibility to meet 'angel' or 'devil'.....THEY will teach us how to live our life to the fullest....like it or not....be prepared so that we can choose to be either one of them..its something for sure...

Sunday, April 26, 2009

Waiting is a suffer....

Waiting is really a suffer. dr rahimi still has not coming yet. I'm waiting for her now to come. 4 of us feel stress, not really for me la but sal looks very stress. i just want to finish this as soon as possible and get out of this hole forever.... leaving all the memories behind. still have time to write in this blog although most of them felt anxious.
In 4 months i face a dilemma, to speak fully english or mix the language malay and english. i know my strengths and ability, im not that good to speak fully english but i can to speak that language. i tried to speak english at my very first day in the class ( i still remember exactly what happend on that day) but in the end, they cannot cope with that. so i have to use malay in order to teach them so that they will be with me all the time. even when i use malay, thay still cannot concentrate, so how will can i use fully english to teach these students? my advisor teacher advised me to use the simplest english eventhough the broken ones but that's not my style. i couldnt simplify the language because language is not as as easy to have 1+1=2. it is more than that. tis is the main reason why i was avoiding to use mix language. i prefer to use fully english or fully malay. because of this thing, i was 'shot' badly, feeling like im one of palestenians who got attacked and bombed by israeli when SHE commented my teaching. the pain will be mine forever and cannot be healed. she commented like i didnt do any improvements within these 4 months. feel like im the biggest looser ever. the comments without any praise at all made me feel like im a useless and a very bad teacher. all my actions, my activities and my taecching look very bad on her eyes. she compared me with her in every single things i did in the class, making my heart talked badly about her. i ve been trying my best do defend her in my heart but i cannot. my heart felt very hurt when i recall that day. thak allah my days here are ending...
stiil, waiting is a suffer....

Masih Belum Tamat~

research sudah selesai...alhamdulillah..saya pulun dalam dua hari sahaja. syukur hanya perlu edit proposal, tetapi bahagian methodology memang menduga iman dan kesabaran. dengan berlagak pandai, saya menokok tambah apa yang patut. data saya analyze sesuka hati untuk menyedapkan sang pembaca dan saya sudah tidak larat untuk mengedit dan melakukan penambah baikan. siap sahaja, terus saya print.
akhirnya virus menyusahkan saya lagi. tidak tahu dr mana ia timbul dan datang, hampir2 saya kehilangan soft copy kerana tidak boleh dibuka dengan laptop wong. puas saya berulang ke pejabat mencari cd nak install printer tpi rezeki saya kurang baik. en mahathir kata tiada dlam simpnan. beliau tidak ingat siapa yg meminjam. skarang hnya tunggu dr rahimi dan kemudian saya boleh enjoy katak. penat saya dalam 4 bulan ni, ditambah dengan research yang entah apa2 ini dan kerenah mengarut bdk2 smkj.
tadi saya merasakan yang kelas2 saya dlm keadaan yang baik walaupun amat susah untuk memnbuatkan mereka faham. dengan 2 m yang haprak, 2 s dengan si anuar yang bising tu. semuanya ada kerenah dan tabiat msing2. syahmi dlm kedaan baik, controllable even msh suka menjawab. rahim plak msh enggan belajar. emak dan ayah susah payah bekerja di kilang krtas dia datang ke sekolah bercita2 menjadi gangster kampung junjung. tidak tahu lagi apa yang boleh dilakukan untuk memahamkan mereka. jika apa yang saya ajar td diteruskan kaedahnya, mustahil sylabus math f2 boleh dihabiskan. hanya mengajar concept yang mudah dlm masa 80 minit, bagaimana harus saya menyiapkan mereka dengan tajuk yang lebih payah. amat payah untuk memasukkan ilmu kerana minda mereka tidak ditumpukan sepenuh perhatian pada kelas, merewang dan melayang tanpa jasad dan nyawa. jika mereka menumpukan perhatian, topik yang saya ajar bukn la sesusah mana. saya sudah menggunakn kaedh yang paling mudah. chalk and talk. dont expect me to do ore than this. jgn bercerita tentang constructivisme, mastery learning, atau smua teori yang saya belajar di u dulu di sini. ini bukan tempatnya. kemalasan mereka menjadi barrier yang kukuh menghalang dan mengekang mereka daripada kejayaan. dengan sikap yang ada, dengan kurang ajar dan tidak sopan, mereka bukan lah makhluk yang boleh berdikari untuk belajar sendiri. mereka amat mudah berputus asa. jika saya dahulu, salagi tidak dapat jawapan untuk setiap solan, selagi itu saya tidak senang duduk. walau sepuluh kali saya cuba, saya tidak jemu. pantang saya berputus asa selagi belum masanya. saya dulu belajar hanya dengan apa yang diajar guru. selebihnya saya guna buku rujukn. di sekolah adalah masa untuk belajar. saya belajar masa saya harus belajar, bermain masa sya harus bermain. semua saya lakukan sepenuh hati. ibarat mereka dan saya, mcm langit dan bumi jauhnya. jika saya tidak menekan, mereka tidak akan melakukan apa2. jika saya mengunakan apa yg saya buat td, pasti saya akan jauh ketinggalan. mustahil untuk saya menyediakn smuanya untuk mereka. mereka perlu menyiapkan kerja yang diberi dan berusaha selagi termampu. bukan menyerah kalah tanpa berjuang.
esok untuk pengajaran, saya perlu berfikir lagi. harapnya prestasi esok lebih baik dari sebelumnya. Insya allah~

Friday, April 24, 2009

RESEARCH OH RESEARCH.......

saya masih sempat untuk berjalan2 ke Jusco siang tadi...kak dila belanja mcd...berjalan2 menghabiskan masa dan duit...walaupun tengah kekeringan tetapi nafsu membeli masih ada...dapat selipar sepasang dan novel. novel lain yg dicari novel lain yang sy beli....melayang juga duit saya.....research masih belum complete, report pula perlu dihantar isnin ini. hati ini bimbang dengan semuanya yang masih belum complete ditambah pula dengan dr rahimi nak datang observe, ada banyak perkara yang perlu ati, sudah lama diselesaikan tetapi hati masih boleh bersukaria dengan gembiranya...
nurul datang ke rumah, lagi bertambah aktiviti yang boleh dilakukan. asyik bergelak ketawa, mendengan die menjadi penglipur lara tak bertauliah. kalau ada jiran yang sakt hati sudah lame saya dijerkah agaknya....berjumpa nurul sekurangnya mengurangkan sedikit sakit di hati dengan komen yang diterima. masih lagi boleh untuk saya bergelak, mendengar ceritanya di sekolah. two persons with same responsibility but with different result...saya berduka di sini dia bergembira di sana. terasa cemburu yang amat sangat bila mengenangkan betapa gembiranya hidup dia di sana dan hidup saya di sini seperti tersepit dalam lubang x boleh nak bernafas...dada saya sesak, hati meronta, minda keletihan malahan akhirnya fizikal saya juga bertindak balas melepaskan geram di hati.. dari hanya bersenjatakan suara, saya beralih ke tangan dan dari buku teks ke buku log saya 'membantai' 2 m. tetapi mereka bukan insaf, tetapi makin bertambah liat untuk diubah. sepatutnya mereka sendiri yang mahu berubah tetapi jika jalan gelap juga dipilih saya hanya mampu melihat dan ketawa melihat kejahilan dan kedangkalan mereka. tersenyum tanpa malu, bercakap tanpa segan ketika guru mengajar; itu semua bukti betapa seriusnya penyakit pelajar kita hari ini. ubat bukan di tangan kami lagi tetapi ibu bapa yang perlu mengadakan ubat untuk anak-anak mereka. saya sudah tidak kuasa untuk mengubah mereka, kerana mereka bukan manusia yang pandai bersyukur. marah dan dendam saya pada syahmi seakan ingin dilampiaskan dengan doa untuk dia jahanam dunia dan akhirat tetapi rasionalnya, saya bukan sesiapa untuk berhak berniat sedemikian. biarlah si luncai tenggelam dengan labu-labunya. saya msih boleh menjalani hidup ini dengan aman tanpa mereka, seperti menekan key 'delete' maka lenyaplah smkj dari hidup saya selamanya.

~five more days to go.......

Wednesday, April 22, 2009

Puas atau Menurut Nafsu?

Pengumuman menyuruh pelajar ting 2 pergi ke library untuk taklimat pergigian..dengan sengaja saya membuat tanda 'yes'.....di tengah mereka dan mereka menjerit kegembiraan...saya tidak sopan mereka kurang ajar....sama sahaja kan...fair and square...pada mulanya merasakan 2 maju menjadi begitu kerana salah saya maka saya asyik menyalahkan diri sendiri, menyalahkan yang saya tidak pandai mengajar...tetapi akhirnya saya sedar yang semuanya bukan salah saya tetapi mereka sudah terbiasa dengan keadaan begitu: kurang adab dan sopan, menjawab setiap patah kata yang diucapkan cikgu malahan gtidak segan silu melakukan atau melawan cikgu. itu kesimpulan saya buat dalam tempoh empat bulan ini. mungkin mengtakan kesimpulan itu tidak adil tetapi saya bukan membuta tuli menafsir menganalisa setiap keadaan mereka. jika sudah semua pandai melawan, mengendahkan sahaja ajaran dan teguran guru maka salah siapa itu? salah saya juga sebagai guru atau sebagai manusia yang hanya mahukan mereka berjaya paling kurangnya? jangan katakan yang lelaki sahaja, yang perempuan juga sudah nampak belangnya. kata-kata kite dikotak katikkan. menjawab dengan sinis malahan ada juga yang melawan dengan nada kurang ajar. ada satu persoalan yang dibangkitkan oleh kak khia, adakah cikgu yang mengajar di dalam kelas mengajar semua menjadi perompak? tuan pengetua juga dengan tegas mengatakan bilik darjah tempat yang amat mulia. sekali lagi persoalan ini dikaitkan dengan tingkah laku pelajar itu, cara didikannya, cara dibesarkan dan bagaimana suasana persekiran mereka yang turut mencorakkan tingkah laku meraka di dalam kelas.
Geram dengan tingkah laku mereka, saya mengambil jalan singkat memuaskan nafsu amarah dengan memanggil guru disiplin. Puas melihat mereka dirotan...Acapkali saya mengatakan untuk tidak menghiraukan mereka, mengajar untuk yang mahu mendengar sahaja tapi bukan tabiat saya untuk membiarkan sahaja tingkah laku pelajar yang kurang adabnya di dalam kelas saya. itu yang memacu kepada tingkah dan sifat keras saya di dalm kelas. adil atau tidak? reverse psikologi bukan style saya kerana kebaikan dan kemesraan yang saya pamerkan dibalas dengan kurang ajar dan biadab lantas jalan yang paling mudah kita kembali kepada guru tipikal zaman2 dahulu yang garang dan tidak mesra. Itu yang menjadi titik tolak kejayaan dan manusianya saya tapi mereka pula bagaimana? acuan apa yang perlu untuk murid-murid ini menjadi manusia dengan erti kata yang sebenarnya?
Persoalan saya masih samar-samar jawapannya, puaskah hati saya melihat mereka dihukum tapi langsung tidak insaf atau itu hanya menurut nafsu amarah saya tunduk dengan hasutan syaitan? memohon maaf syahmi pon saya pandang sepi kerana dia tidak insaf langsung, dalam hati saya mahu sahaja kata hal dia tiada kaitan dengan saya. Lantak pi hangpa la nak jadi apa...Saya dah berusaha dengan sebaik mungkin...Cuma saya tidak lagi sesemangat semasa mula2 tiba di sekolah ini....Biar mereka memilih jalan untuk mereka...
~ I can bring a horse to the river but not to force 'him' drink the water.........

Ketagihan.....

Rasa ketagihan di hati untuk menulis...biasa lah untuk yang pertama kali seperti saya belajar menulis blog...trial-and-error..kalau dahulu mahu berpeluh mencuba sesuatu yang baru macam ni tapi sekarang asalkan mahu mencuba pasti ada hasilnya...akhirnya dapat juga create blog yang amat simple ini. Saya hanya menulis untuk menzahirkan apa yang saya rasa semasa dalam tempoh latihan mengajar ini...gembira yang sedikit, sedih dan ralat yang amat banyak...
Ada masa untuk berblog sedangkan research masih belum terusik sikit pun...terasa amat MALAS untuk berfikir memerah otak menyiapkan assignment yang due datenya makin hampir...lebih kurang seminggu masa yang saya ada sebelum saya harus pulun dan struggle untuk menyiapkan report action research. saya sudah penat untuk mengharapkan kesempurnaan malahan walaupun 1% daripada mereka yang terlibat dengan action research saya ini...hanya yang perempuan sahaja boleh diharapkan untuk menyempurnakan tugasan yang amat sukar ini...paper pga 104 hari tu pon terkial2 saya nak 'digest' contentnya tetapi masa LM kena apply semua yang saya belajar 3 tahun lepas itu. Terasa terlalu terbeban dengan research ini tetapi saya pegang yang setiap tanggungjawab dan amanah perlu dilaksanakan sebaik mungkin. jadi selesai sahaja ujian esok, saya perlu memulakan fasa pertama menghadamkan semua bahan yang saya kumpul dan analisis ujian. tika dan saat itu, peperangan saya yang terakhir berakhir selepas "perang dengan Dr Rahimi" dan 'Kak Nora'.
Harapnya beban perasaan saya ini akan segera berakhir kerana mngu ni saya betul2 tersentak dan terhenyak....dan mula lah sedih dan kecewa mengekori saya dengan rapat dan mengganggu kelancaran, ketenangan dan kegembiraan hidup saya... Yang akhirnya membuat saya hopeless sangat dengan LM ni...

Tuesday, April 21, 2009

Mula bercerita...

mula bertatih menulis di blog..mencari sedikit ketenangan setelah melalui minggu yang penuh dgn cabaran ini. saya bukan la pencerita yang hebat tetapi dlm tempoh hampir 4 bln ini, sy akhirnya tunduk dengan hati yg meronta2 untuk bercerita....byk btul dugaan sye..
mule2 merasakan empat bln ini akn berlalu dgn amat tenang, bahagia, menggembirakan tetapi..impian yg indah x selalunye berakhir dengan keindahan juga...
bergelar guru praktikum...
mengajar di sekolah yg sma statusnya dengan sekolah lme sy dulu tp persekitarannya jauh berbeza. sy bersekolah di sekolah biasa shj, sekolah kampung yg ad mcm2 perangai. x mau belaja, dtg sekolah menghabiskan duit mak bapak tapi sekurang2nya mereka masih MAMPU nak hormat dan TAKUT dengan insan yg bergelar GURU. TETAPI di sekolah ni, sy berdepan dengan cabaran baru yg langsung x pnah terfikir dek benak saya. dengan sifat dan tingkah laku yg kurang ajar, sya akhirnya berasa amat MENYAMPAH dengan mereka. sya belajar berleter, menggunakan perkataan yg kasar dan tidak beradab, menengking dengan sekuat hati malahan x segan silu pon nk menyumpah seranah mereka...
Dengan hasrat hati dan niat yg amat ikhlas dan beranggapan tangungjawab perlu diditunaikan sebaik dan sesempurna mungkin, sy mula mengajar. menucurah, berkongsi ilmu yg tidak seberapa ni...harapannya mereka akan belajar dengan bersungguh2..hoping so badly they will be with me all the time, but....i use this word very frequently nowadays...since im in this school...rasa yang boleh sy gambarkan macam nak 'ghaibkan' je mereka dari muka bumi ini. nak lenyapkan mereka supaya dah x ada lagi mereka dalam hidup saya semasa sya di sini..so that i can teach just anyone who really wants to learn...im not a teacher who'll sacrifice everything for the sake of their students no matter who they are unless they really want it in that way...really determine to learn and study....for those like that im willing to do everything but not for those who just come to school enjoying their days without any purpose...being rude to teachers, ignorant, stupid but lazy, STUPID STUPID to the power of infinity...this kind of students is not my concern at all...
Untuk empat bulan, rutinnya sama sahaja: marah, bebel, tengking, jerkah, sindir, seranah, cubit, ketuk, tumbuk semuanya sya dah cuba hanya untuk membuatkan mereka mendengar dan belajar sesuatu..tapi langsung tidak berhasil. sya bukannya manusia yg jahil, hanya tahu memarahi tanpa rasa dan perasaan tapi mereka bukan makhluk yang LAYAK untuk disayangi dengan sepenuh hati...sy switch approach menangani mereka, dr tegas dan strict kepada seorg yang lovely, smiling brightly to them, talking gently, be nice to everyone in the class........................................so typical of a practicum teacher ...
Apa balasannya? Mereka BERPESTA di dalam kelas saya. Seolahnya kesabaran saya dipijak-pijak, dihina-hina ketika itu, seolah2 mrasakan saya ni x bernilai langsung, macam sampah...hari itu kepala sya macam nak meletup kalau ikutkan hati saya nak tempeleng je semua tapi nanti kene SAMAN plak...langsung x d peluang nk jadi cikgu betul...sejak itu untuk kelas tu saya dah x pernah senyum lagi, tiada lagi keramahan dan kemesraan, hanya saya masuk untuk mengajar memenuhi 'hari' untuk sempurnakan latihan mengajar ini...jika tidak mungkin saya hanya akan duduk membatu di dalam kelas, melihat mereka dengan pandangan jelik melihat bagaimana bodohnya mereka membodohkan diri sendiri.,...tetapi 'takut' jika pensyarah datang dan melihat saya dalam keadaan itu dan mungkin saya dengan mudahnya mendapat 'fail' tika dan saat itu juga. sya kuatkan semangat, tenangkan hati, ikut nasihat rakan2 mereka bukan sesiapa dan hnya perlu bertahan utuk beberapa minggu sahaja lagi.... tapi yang pasti tiada lagi hati untuk mengajar mereka dengan sepenuh hati..
Dua minggu kebelakangan ini, sya mengajar seperti saya di sekolah dulu: memberi penerangan tanpa pedulikan mereka faham atau tidak kemudian apabila loceng berbunyi kelam kabut saya keluar seakan x cukup kaki nk melangkah keluar....sya dah MALAS dan TAWAR HATI untuk mengajar mereka dan berkongsi ilmu...they didnt deserve that...they are nobody to me...
The most suitable word best to describe the class: HELL HOLE....Out of the class feeling like enter a heaven.........counting days...6 days to out of this 'hole' makes me feel like i can breath freely...teaching those ignorant and stubborn brats, make me out of air...i cant breath at all when i was in that class, begging to have air so that i can breath....FREELY...HAPPILY....
Tidak adil untuk menyalahkan semua, yang amat pasti saya bukan sempurna malahan saya bukan dipaksa untuk menjadi guru, malahan dengan rela hati dan sepenuh hati saya memohon mengisi borang universiti untuk bergelar GURU, di akhirnya saya mula menyalahkan pihak lain dengan ketidakupayaan saya untuk membuatkan pelajar sendiri mahu belajar...saya mencuba dengan sepenuh hati, mengajar hingga suara saya serak tetapi mereka hanya berkhayal di dalam kelas...sya tertnya ap yang ada di dalam otak mereka dan mengapa mereka hadir ke sekolah....apa lagi yang perlu sya lakukan hanya untuk mereka menumpukan perhatian, menggunakan kapasiti otak mereka semaksima mungkin yang mana saya hanya mahukan yang terbaik untuk mereka, paling kurang pun supaya mereka mampu menjadi manusia yang mampu membezakan antara baik dan buruk...dosa dan pahala...tapi sekali lagi rasa dan impian itu hanya membuatkan saya menjeruk rasa...membuatkan saya marah pada semua....
inilah yang dinamakan pengalaman, yang akan menjadikan saya lebih kuat untuk berdepan dengan cabaran yang lebih getir..'dunia sudah berubah'..frasa yang membuatkan saya perlu muhasabah semula diri, mencari di mana kekurangan dan membaiki diri ...dunia perguruan bukan dunia ideal dipenuhi utopia indah khayalan saya tapi realiti yng menggigit rasa....penghuninya bukan lagi pelajar yang taat, hormat kepada guru lagi tetapi sudah banyak tercemar dengan segala macam pencemaran yang ada di muka bumi ini....bukan semua yng tercemar tetapi yg tercemar itu membuatkan yg suci juga terpalit cemarnya...berharap dengan penuh harap yang dunia kami ini akan ada warna pelangi untuk menghilangkan palit hitam noda dan cemar dunia ini....
Cerita panjang lebar ini hanya permulaan sebuah kisah yang lebih panjang....4 bulan di sini mngajar saya tentang satu perkara: mengajar bukan perkara mudah dan enteng....hidup saya tunggang terbalik di sini...cemburu bila dengar nurul kata sayang nak tinggalkan sekolah sedangkan saya menghitung hari nak keluar dr sekolah ni....kawan-kawan dan sahabat lain juga x sepayah dan sesusah ni, x perlu menumpahkan air mata...x perlu menjerit sekuat hati melolong dalam kelas....mereka mengajar yg refuse untuk belajar juga tapi tidak lah sesukar apa yang saya hadapi di sini....sikap kurang ajar menjadi titik tolak bezanya sikap pelajar di sekolh ini dengan apa yang kawan2 lain hadapi...
Saya hanya mahu habis segera...Pulang ke tempat asal saya dan meninggalkan kenangan ini jauh2 di bumi kedah ini....tiada apa yang perlu dibawa pulang hanya satu azimat: its been the finest day in my entire life the day im out of this school...