Saturday, March 27, 2010

Hari saya yang seterusnya..

Ada banyak perkara yang ingin saya coretkan tetapi seakan saya ketandusan kata-kata untuk diluahkan..ia terpendam di dalam minda dan kepala saya sahaja...ada banyak perkara yang saya lakukan sejak saya masih belum mendapat tempat untuk posting...saya simpan semua yang saya rasa dalam hati saya dan saya luahkan pada Yang Maha Esa..masa menyembuhkan semua luka itu tetapi mustahil dalam masa yang amat singkat ini saya akan melupakan betapa terluka dan kecewanya saya apabila saya gagal mendapat tempat untuk posting...dan yang pasti kelukaan itu masih mengekori saya dan saya amat takut untuk berharap lagi..saya menyerahkan segalanya pada Allah dan berdoa semoga saya akan posting dalam masa yang terdekat ini.Insya Allah..

Monday, March 1, 2010

kehidupan...

semakin saya dewasa semakin banyak dugaan yang perlu dilalui...sama ada suka atau tidak, semua kepahitan dan kemanisan hidup perlu ditelan...adakalanya saya rasa amat lemas dan terlalu susah untuk bernafas...terasa sendat di dada saya untuk menghadapi dugaan yang mendatang....tiada satu pun yang pada fikiran saya boleh dilakukan untuk menghilangkan segala kesakitan akibat kehidupan yang mencabar ini..

Friday, February 19, 2010

Now..

Sudah berbulan saya melupakan blog ini...terasa sangat malas untuk menulis...kali terakhir menulis sebelum arwah abah meninggal, masa arwah abah masih dalam ICU..dan selepas hampir tiga atau empat bulan, hati ini terasa ingin menjenguk blog yang sudah lama ditinggalkan..
Now..
Saya masih rofizah yang sama yang menanti hari untuk posting dan lari daripada kesedihan yang masih ada....ada banyak kata-kata yang ingin ditulis tetapi saya tiada kekuatan untuk meluahkan semua yang ada dalam hati in...
jadi saya masih berada di takuk yang lama, terlalu sukar untuk berubah..

Monday, November 16, 2009

ICU~

Dugaan masih ada untuk saya..saya fikir dugaan yang paling berat untuk saya ialah kegagalan temuduga dan menjadi penganggur terhormat...tapi ternyata meleset anggapan saya itu....masih ada banyak ujian dan dugaan untuk saya........

Tetapi, Allah tidak menurunkan dugaan dan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh seorang anak adam...setiap ujian yang dilalui dan diberikan adalah secocok dengan kemampuan kita sebagai manusia biasa...itu janji Allah buat semua anak adam...maka walaupun pada saya ujian dan dugaan yang terima dalam dua tiga bulan ini amat perit tetapi berpegang dengan ayat dalam surah Al-Baqarah itu saya percaya pasti ujian ini tidak mungkin mampu untuk mencederakan saya...ia hanya sebagai peringatan kepada saya untuk meneruskan kehidupan dengan bersandar kepada keimanan dan ketaqwaan kepada Allah dan beriman dengan qada' dan qadar Allah tanpa ada sedikit pun keluhan.....23 tahun usia saya, saya rasa belum pernah saya diuji dengan ujian yang membuatkan saya merintih kepada Allah supaya jangan uji saya dengan ujian yang tak mampu saya tanggung....jangan ditambah lagi 'penderitaan' saya yang sudah sedia ada....perjalanan hidup yang penuh dengan nikmat pada mulanya, tiba-tiba satu demi satu ujian dan dugaan mula menjengah kehidupan saya...pada saat itu, saya mula belajar untuk mengenal erti kegagalan, kepahitan satu kekecewaan dan bagaimana sakitnya meneruskan kelangsungan hidup dengan hati yang sebu, peritnya laluan hidup yang penuh berliku....

Saya menerima surat gagal temuduga, dan di situ saya mula mengenal fitrah kehidupan duniawi yang pasti akan ada kegagalan untuk mendaki tangga kejayaan yang hakiki....untuk mengajar saya supaya jangan bongkak dan over confident dengan apa jua yang saya lakukan...saya amat yakin saya boleh lulus interview itu, dan dapat posting sekali dengan kawan-kawan yang lain...akhirnya saya keluar dari 'comfort zone' kejayaan saya dan belajar berkawan dengan kegagalan dan kekecewaa...walaupun sampai ke saat ini, masih berbekas rasa ralat itu tetapi saya diuji lagi...

Sabtu lepas, dalam pukul 11 pm abah tiba-tiba tidak sedarkan diri...hanya matanya sahaja yang terbuka dan tangan kirinya mengerekot, digenggam...masa mula-mula saya sedar mak yang perasan bila tengok abah diam sahaja tetapi matanya terbuka..saya ingatkan abah sudah tidur....saya nampak tangan kiri yang digenggam, mata yang terbuka tetapi saya tidak terfikir langsung untuk melihat abah...saya pergi ke dapur menggoreng telur dan lalu di kelambu abah nampak matanya yang hening terbuka...patutlah masa saya tengok abah, saya dah nampak tangan abah macam tu...bila mak pergi tengok dan panggil abah barulah saya sedar theres somethinh wrong with him...mak panggil abah dan mak kata abah hanya menyahut sedikit...mak suruh panggil cik mat tetapi cik mat tiada...cik nah datang dan jiran2 lain juga mula datang...abah dah tak sedar, dah tiada respon tetapi matanya masih terbuka cuma memandang ke atas....saya dengar bunyi mengerang abah lama sebelum itu, cuma saya memang tidak terfikir apa-apa langsung.sebab sebelum ini, abah memang selalu mengeluarkan bunyi begitu....MA datang ke rumah dan abah dihantar ke hospital..pada mulanya kami hanya mahu menunggu sahaja di rumah tetapi dengan nasihat jiran-jiran kami bawa abah ke hospital...dalam ambulans, sudah banyak kemungkinan yang muncul dalam kepala saya dan mata abah mula tutup perlahan-lahan...saya memang cuak, mana tahu di situ semuanya akan berakhir...Alhamdulillah, kami sampai ke hospital dengan selamat...di wad kecemasan, abah mula sedar selepas ditekan dadanya oleh Dr....harapan saya mula berbunga dan Dr syak abah kena strok tetapi selepas itu Dr juga seperti hilang punca...abah dihantar ke wad harian dan saya tunggu hingga tengah hari..

Only after that my sis came and i cannot imagine how i felt at that time when he kept asking for water...he began to react like an innocent child who wanted for water so badly...he still awake but he cannot memorise all of us accordingly...maybe he didnt really conscious, just awake...i went back home, living my abg long there...my kak nisah arrived and drove my mak to hospital to see him...still, he awake but he still want the water..the dr insisted he cannot be given any food and water until his condition being finalized by all the dr who handled his case....

i moved on my life, went to school as usual, but then i heard his condition getting worse and being admitted to ICU...on monday noon, abah was ICUed and he was unconscious....i went to see him right after i went home with Kak Cik..alhamdulillah, she can drive me to hospital...

In ICU, i saw my akak's eyes were red, filled with tears and when i saw him my tears started falling down and all my strengths i have in my entire life for 23 years vanished, faded away just like that..maybe that was the most saddest day in my life as i remembered...with all those kind of tubes and wires, seeing him lying down helplessly i felt really weak, realized how weak a human can be...i cannot control my tears..

i cant write it anymore~



Wednesday, November 11, 2009

This Is What We Call LIFE......

Sudah terlalu lama saya tidak menulis di blog ini..bukan kerana kekangan masa tetapi kerana terlalu mlas untuk menunggu internet yang sangat lambat...banyak yang berlaku dalam tempoh setengah tahun selepas saya tamat belajar...
perkara yang paling menyakitkan berlaku....

KEKECEWAAN & KEGAGALAN...

saya gagal dalam temuduga untuk posting dan skarang saya tersekat di tengah2 jalan kehidupan tanpa ada arah dan tujuan...seakan hilang semua semangat dan hala tuju saya...tetapi, alhamdulillah saya masih ada ALLAH yang sentiasa bersama hamba-Nya tidak kira apa yang berlaku...saya yang lemah dan kerdil ini perlu akur dengan qada' dan qadar yang telah ditentukan untuk saya sejak azali...saya belajar banyak perkara dalam tempoh sebulan dua ini...tiada sesiapa pun yang mampu meneka apa yang akan berlaku walaupun untuk tempoh sesaat selepas saya habiskan menaip patah perkataan ini...saya terasa betapa lemahnya kudrat saya sebagai seorang hamba untuk menerima takdir Yang Maha Kuasa. terasa kelam dunia ini bila saya menerima surat memaklumkan yang saya gagal dalam temuduga dan perlu memohon lagi...saya perlu menunggu lagi, paling kurang setengah tahun lagi untuk melalui proses yang sama..apply sekali lagi untuk interview dan tunggu interview kemudian tunggu lagi sama ada saya berjaya dan layak untuk posting........dah banyak air mata yang mengalir...dah banyak soalan sama yang ditanya..mengapa saya gagal?
soalan yang amat sulit untuk dijawab....soalan yang saya langsung tiada skema jawapan....saya gagal dlam temuduga dan itu sahaja yang saya tahu...sesuatu yang sepatutnya saya boleh lulus tetapi saya masih gagal..semua rakan-rakan seperjuangan sudah mula mengajar, sudah posting dan bertebaran meneruskan kehidupan sebagai khalifah Allah Taala...saya yang masih di takuk lama, di tempat yang sama tanpa perubahan..bukan niat saya untuk mempersoalkan takdir yang ditetapkan, saya mencuba sedaya upaya menelan kepahitan kegagalan dan kekecewaan itu tetapi hati kecil saya masih meronta kesakitan 'meraikan' semua itu..tetapi semakin hari semakin banyak yang saya belajar...sejak dari saat pertama saya menghadam hikmah kegagalan...

Kegagalan ini merupakan petunjuk untuk saya menjadi manusia yang lebih baik..manusia yang tahu diri..manusia yang insaf akan kelemahan seorang manusia...manusia yang perlu bermuhasabah diri setiap hari kerana manusia tidak pernah lekang daripada kegagalan..manusia yang perlu sedar diri yang kita ini amat lemah..amat amat amat lemah dibandingkan dengan Zat Yang Esa...saya belajar menerima kekalahan pertama saya dalam mengharungi kehidupan ini..my very first failure and true...this failure is hurting me so much...kekalahan yang akhirnya menyedarkan saya rezeki itu HAK Allah dan tiada sesiapapun yang mampu menduganya...REZEKI saya masih belum ada dan masih belum terbuka untuk dinikmati saya....yang paling menyakitkan, yang membuatkan saya sukar untuk menyuruh hati saya tabah ialah semua kawan saya dapat tempat dan posting mengikut negeri pilihan...su ke sabah, nurul ke kl dan jannah ke melaka, ramai lagi budak usm yang sudah dapat tempat posting...semuanya murah rezeki....saya yang terkontang kanting keseorangan....terasa ingin melarikan diri daripada semua orang.. tetapi akhirnya saya mula faham...kalau bukan rezeki saya apa yang saya lakukan pun tidak mungkin ia akan menjadi milik saya...jadi saya meneruskan kehidupan, berdoa tanpa jemu yang rezeki saya akan tiba secepat mungkin dan murah rezeki saya...


Kita belajar, Allah itu Maha Kaya dan kita wajib beriman dengan itu..siapa lah kita ini, yang hanyalah seorang makhluk untuk meneka dan menelah takdir hidup yang seterusnya...saya dikurniakan jalan keluar untuk menghilangkan kesedihan itu..saya mendapat tawaran untuk menjadi guru ganti di SMK Kuala Krau..laluan pertama saya ke jalan kejayaan dan jalan keluar untuk kesedihan yang tidak pernah saya alami sebelum ini...kembali ke sini bermakna kembali ke memori lama, memori seorang pelajar kuala krau yang penuh dengan kemanisan dan kebahagiaan...3 tahun di sini, saya tidak pernah berasa sedih dan mungkin itu sebabnya Allah memberikan tempat ini untuk saya melupakan kesedihan saya dan mencari ketenangan dan belajar untuk redha dengan apa sahaja ujian yang telah diturunkan...Alhamdulillah, saya tenang di sini dan walaupun 19 hari, mungkin ini petunjuk untuk meyakinkan hati nurani saya, this is not the end of my life...life is a very long journey and failure is one of its various spices..saya masih ada thousands miles of long journey untuk saya harungi dan kegagalan ini hanyalah penguat untuk saya sedar dan menginsafi diri ini, betapa terhadnya kekuatan saya untuk menentang takdir dan saya perlu kuat dan tabah untuk melaui semua ini..walaupun air mata masih berlinang kadang2 tetapi jika saya tumbang sekarang, sudah pasti tiada lagi kejayaan untuk saya dan im a total cowoardee...kawan2 menguatkan semangant, ini satu petanda yang masih ada rezeki untuk saya dan betapa kasihnya Allah kepada saya, makhluk yang penuh dengan dosa dan kesilapan ini...kasih sayang Allah amat luas dan amat mustahil untuk difahami oleh makhluk seperti saya..saya perlu bersyukur yang saya ini masih disayangi dan dihargai..saya bukanlah terlepas dari pandangan Dia..doa saya masih didengari dan say masih dalam kalangan hambaNya yang diredhai dan dibantu untuk keluar daripda kelompok dan peraan kehilangan dan sedih....

Terima Kasih Ya Allah di atas kurnianMu yang tidak ternilai ini....

Saya masih menaruh harapan yang tinggi akan tiba masanya rezeki untuk saya posting dan buat masa sekarang, meneruskan kehidupan adalah matlamat utama saya...

Life goes on...

And with all those obstacles and challenges, they only make you stronger in the end and this is what we call LIFE......




Monday, July 6, 2009

Hayatie...

Terbaca blog kawan baik saya yang baru memulakan master programnya di ukm...saya berharap saya mampu untuk menjadi paling kurang setengah tabahnya seorang hayatie...susah untuk mendapat seorang sahabat dan betul, saya amat bersyukur untuk mengenali dia...begitu payah dan penuh dengan duri onak ranjau dan semua kesusahan hanya untuk menjadi lebih berjaya..saya memang tabik spring pada die..tibe2 terasa rindu dengan dia walaupun selalu sahaja kami bersms...yatie, now you are living a very meaningful life...maybe all the difficulties and obstcles are leaving you slowly because they begin to realize how starong you are...my prays will all be yours forever..im really thankful to know you and have you by my side untill today...hopefully until my last breath you will always be by my side..

I'm back~

Dah lama tidak menulis, terasa janggal...k un sudah berkarat lantaran terlalu lama bercuti tidak melakukan apa-apa....saya hanya menghabiskan masa dengan rutin yang sama setiap hari..nothing new..macam dah boleh dihafal waktu dan masa untuk setiap aktiviti yg akan dilakukan..tetapi kebiasaannya benda yang sama. bangun lewat, lepas tu kalu rajin akan masak apa yang patut kalau mak tak masak. tapi kalu mak dah masak saya akan makan sahaja...kalu sampai angin saya akan memasak apa yang patut..tidak lah hebat tetapi msh dalam proses belajar menjadi isteri dan perempuan yang smpurna di mata sang lelaki...bertahun saya hidup, kebanyakannya dilakukan oleh mak dan akak..sejak dari kecil lagi..segalanya diuruskan oleh mak dan akak..masa menengah rendah, mak uruskan semua, hanya belajar menggoreng telur tu pun x pas lagi..masuk tingkatan empat saya bersekolah asrama, langsung tiada kesempatan untuk belajar menjadi wanita yang layak digelar sempurna...waktu cuti saya akan berehat, menonton tv dan tidur...habis spm saya melepak di rumah kakak saya yang lagi seorang, lagi bertambah malas saya, di situ akak saya yang buat semuanya..memasak, membasuh dan mengemas..tempoh hampir 2 bln tu selepas spm memang saya tidak melakukan apa2 pon...kerja utama saya adalah makan dan menonton tv tanpa melakukan satu kerja pon...kemudian surat pkn sampai, dan bermula era pkn saya selama 3 bulan..di situ lagilah saya tidak melakukan satu kerja pon..semuanya sudah disediakan..hanya perlu menjalani latihan mengikut modul yang disediakan dan mencuci baju pada hnya hujung minggu...saya tidak perlu mengguanakan otak pon untuk 3 bulan tu..habis pkn hanya ada tempoh seminggu becuti dan kemudiannya mendaftar di matrik..zaman yang amat menggembirakan dalam seumur hidup saya...mungkin terlalu khayal dengan keseronokan, pelajaran pon cukup2 makan untuk masuk u..alhamdulillah masuk juga saya ke usm dan empat thun itu juga amat menyeronokkan...dan dalam tempoh empat tahun ini lah baru saya belajar memasak, bermula dengan asas memasak nasi..saya masih ingat ada sekali saya mencuba memasak nasi masa mak tiada di rumah, tidak jadi nasi tapi bubur..terlebih air, tidak tahu untuk menyukat air...sedikit demi sedikit saya belajar: menggoreng ikan, menggoreng sayur...lauk yang amat mudah disediakan...dan sehingga saya praktikum di kulim la baru saya belajar memasak sesuatu yang lain...saya mencuba memasak gulai lemak, kari dan gulai masam..ok lah walaupon tidak sesedap mak masak...malahan polish skill untuk masak nasi guna periuk biasa, bukan rice cooker...dan sampailah ke saat saya menulis ini, saya hanya boleh mengatakan cooking skill saya bertambah baik..saya juga sudah pandai menyiang ikan dan 2 hari lepas saya menyiang ayam untuk pertama kalinya dalam hidup saya...
bersusah saya belajar dan pada usia 23 masih banyak yang perlu saya belajar kerana masih banyak yang saya belum tahu..ada seorang kawan yang memang sudah boleh survive di dapur dan membahagiakan perut suami...dalam tempoh bercuti ini la saya harus melangsaikan semua hutang masa remaja yang saya abaikan untuk belajar banyak hal menjadi surirumah yang berjaya...
selain belajar memasak, saya hanya habiskan masa menonton tv dan bertekak dengan mak...selain makan, saya hdup dengan tv shj...tanpa tv mungkin saya tidak akan betah untuk tinggal di rumah ni...itu sahaja kerja yang saya lakukan dalam tempoh tidak menulis ni...
harapnya masa yang masih ada ini mampu saya laksanakan banyak perkara...teringin juga menanam bunga tetapi sudah bertahun saya lupakan hobi tu..masa kecil2 rajin juga saya menanam bunga untuk dijadikan taman tetapi as time passes by, banyak kehidupan dulu yang dah lupakan..