Wednesday, November 11, 2009

This Is What We Call LIFE......

Sudah terlalu lama saya tidak menulis di blog ini..bukan kerana kekangan masa tetapi kerana terlalu mlas untuk menunggu internet yang sangat lambat...banyak yang berlaku dalam tempoh setengah tahun selepas saya tamat belajar...
perkara yang paling menyakitkan berlaku....

KEKECEWAAN & KEGAGALAN...

saya gagal dalam temuduga untuk posting dan skarang saya tersekat di tengah2 jalan kehidupan tanpa ada arah dan tujuan...seakan hilang semua semangat dan hala tuju saya...tetapi, alhamdulillah saya masih ada ALLAH yang sentiasa bersama hamba-Nya tidak kira apa yang berlaku...saya yang lemah dan kerdil ini perlu akur dengan qada' dan qadar yang telah ditentukan untuk saya sejak azali...saya belajar banyak perkara dalam tempoh sebulan dua ini...tiada sesiapa pun yang mampu meneka apa yang akan berlaku walaupun untuk tempoh sesaat selepas saya habiskan menaip patah perkataan ini...saya terasa betapa lemahnya kudrat saya sebagai seorang hamba untuk menerima takdir Yang Maha Kuasa. terasa kelam dunia ini bila saya menerima surat memaklumkan yang saya gagal dalam temuduga dan perlu memohon lagi...saya perlu menunggu lagi, paling kurang setengah tahun lagi untuk melalui proses yang sama..apply sekali lagi untuk interview dan tunggu interview kemudian tunggu lagi sama ada saya berjaya dan layak untuk posting........dah banyak air mata yang mengalir...dah banyak soalan sama yang ditanya..mengapa saya gagal?
soalan yang amat sulit untuk dijawab....soalan yang saya langsung tiada skema jawapan....saya gagal dlam temuduga dan itu sahaja yang saya tahu...sesuatu yang sepatutnya saya boleh lulus tetapi saya masih gagal..semua rakan-rakan seperjuangan sudah mula mengajar, sudah posting dan bertebaran meneruskan kehidupan sebagai khalifah Allah Taala...saya yang masih di takuk lama, di tempat yang sama tanpa perubahan..bukan niat saya untuk mempersoalkan takdir yang ditetapkan, saya mencuba sedaya upaya menelan kepahitan kegagalan dan kekecewaan itu tetapi hati kecil saya masih meronta kesakitan 'meraikan' semua itu..tetapi semakin hari semakin banyak yang saya belajar...sejak dari saat pertama saya menghadam hikmah kegagalan...

Kegagalan ini merupakan petunjuk untuk saya menjadi manusia yang lebih baik..manusia yang tahu diri..manusia yang insaf akan kelemahan seorang manusia...manusia yang perlu bermuhasabah diri setiap hari kerana manusia tidak pernah lekang daripada kegagalan..manusia yang perlu sedar diri yang kita ini amat lemah..amat amat amat lemah dibandingkan dengan Zat Yang Esa...saya belajar menerima kekalahan pertama saya dalam mengharungi kehidupan ini..my very first failure and true...this failure is hurting me so much...kekalahan yang akhirnya menyedarkan saya rezeki itu HAK Allah dan tiada sesiapapun yang mampu menduganya...REZEKI saya masih belum ada dan masih belum terbuka untuk dinikmati saya....yang paling menyakitkan, yang membuatkan saya sukar untuk menyuruh hati saya tabah ialah semua kawan saya dapat tempat dan posting mengikut negeri pilihan...su ke sabah, nurul ke kl dan jannah ke melaka, ramai lagi budak usm yang sudah dapat tempat posting...semuanya murah rezeki....saya yang terkontang kanting keseorangan....terasa ingin melarikan diri daripada semua orang.. tetapi akhirnya saya mula faham...kalau bukan rezeki saya apa yang saya lakukan pun tidak mungkin ia akan menjadi milik saya...jadi saya meneruskan kehidupan, berdoa tanpa jemu yang rezeki saya akan tiba secepat mungkin dan murah rezeki saya...


Kita belajar, Allah itu Maha Kaya dan kita wajib beriman dengan itu..siapa lah kita ini, yang hanyalah seorang makhluk untuk meneka dan menelah takdir hidup yang seterusnya...saya dikurniakan jalan keluar untuk menghilangkan kesedihan itu..saya mendapat tawaran untuk menjadi guru ganti di SMK Kuala Krau..laluan pertama saya ke jalan kejayaan dan jalan keluar untuk kesedihan yang tidak pernah saya alami sebelum ini...kembali ke sini bermakna kembali ke memori lama, memori seorang pelajar kuala krau yang penuh dengan kemanisan dan kebahagiaan...3 tahun di sini, saya tidak pernah berasa sedih dan mungkin itu sebabnya Allah memberikan tempat ini untuk saya melupakan kesedihan saya dan mencari ketenangan dan belajar untuk redha dengan apa sahaja ujian yang telah diturunkan...Alhamdulillah, saya tenang di sini dan walaupun 19 hari, mungkin ini petunjuk untuk meyakinkan hati nurani saya, this is not the end of my life...life is a very long journey and failure is one of its various spices..saya masih ada thousands miles of long journey untuk saya harungi dan kegagalan ini hanyalah penguat untuk saya sedar dan menginsafi diri ini, betapa terhadnya kekuatan saya untuk menentang takdir dan saya perlu kuat dan tabah untuk melaui semua ini..walaupun air mata masih berlinang kadang2 tetapi jika saya tumbang sekarang, sudah pasti tiada lagi kejayaan untuk saya dan im a total cowoardee...kawan2 menguatkan semangant, ini satu petanda yang masih ada rezeki untuk saya dan betapa kasihnya Allah kepada saya, makhluk yang penuh dengan dosa dan kesilapan ini...kasih sayang Allah amat luas dan amat mustahil untuk difahami oleh makhluk seperti saya..saya perlu bersyukur yang saya ini masih disayangi dan dihargai..saya bukanlah terlepas dari pandangan Dia..doa saya masih didengari dan say masih dalam kalangan hambaNya yang diredhai dan dibantu untuk keluar daripda kelompok dan peraan kehilangan dan sedih....

Terima Kasih Ya Allah di atas kurnianMu yang tidak ternilai ini....

Saya masih menaruh harapan yang tinggi akan tiba masanya rezeki untuk saya posting dan buat masa sekarang, meneruskan kehidupan adalah matlamat utama saya...

Life goes on...

And with all those obstacles and challenges, they only make you stronger in the end and this is what we call LIFE......




No comments:

Post a Comment