Monday, November 16, 2009

ICU~

Dugaan masih ada untuk saya..saya fikir dugaan yang paling berat untuk saya ialah kegagalan temuduga dan menjadi penganggur terhormat...tapi ternyata meleset anggapan saya itu....masih ada banyak ujian dan dugaan untuk saya........

Tetapi, Allah tidak menurunkan dugaan dan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh seorang anak adam...setiap ujian yang dilalui dan diberikan adalah secocok dengan kemampuan kita sebagai manusia biasa...itu janji Allah buat semua anak adam...maka walaupun pada saya ujian dan dugaan yang terima dalam dua tiga bulan ini amat perit tetapi berpegang dengan ayat dalam surah Al-Baqarah itu saya percaya pasti ujian ini tidak mungkin mampu untuk mencederakan saya...ia hanya sebagai peringatan kepada saya untuk meneruskan kehidupan dengan bersandar kepada keimanan dan ketaqwaan kepada Allah dan beriman dengan qada' dan qadar Allah tanpa ada sedikit pun keluhan.....23 tahun usia saya, saya rasa belum pernah saya diuji dengan ujian yang membuatkan saya merintih kepada Allah supaya jangan uji saya dengan ujian yang tak mampu saya tanggung....jangan ditambah lagi 'penderitaan' saya yang sudah sedia ada....perjalanan hidup yang penuh dengan nikmat pada mulanya, tiba-tiba satu demi satu ujian dan dugaan mula menjengah kehidupan saya...pada saat itu, saya mula belajar untuk mengenal erti kegagalan, kepahitan satu kekecewaan dan bagaimana sakitnya meneruskan kelangsungan hidup dengan hati yang sebu, peritnya laluan hidup yang penuh berliku....

Saya menerima surat gagal temuduga, dan di situ saya mula mengenal fitrah kehidupan duniawi yang pasti akan ada kegagalan untuk mendaki tangga kejayaan yang hakiki....untuk mengajar saya supaya jangan bongkak dan over confident dengan apa jua yang saya lakukan...saya amat yakin saya boleh lulus interview itu, dan dapat posting sekali dengan kawan-kawan yang lain...akhirnya saya keluar dari 'comfort zone' kejayaan saya dan belajar berkawan dengan kegagalan dan kekecewaa...walaupun sampai ke saat ini, masih berbekas rasa ralat itu tetapi saya diuji lagi...

Sabtu lepas, dalam pukul 11 pm abah tiba-tiba tidak sedarkan diri...hanya matanya sahaja yang terbuka dan tangan kirinya mengerekot, digenggam...masa mula-mula saya sedar mak yang perasan bila tengok abah diam sahaja tetapi matanya terbuka..saya ingatkan abah sudah tidur....saya nampak tangan kiri yang digenggam, mata yang terbuka tetapi saya tidak terfikir langsung untuk melihat abah...saya pergi ke dapur menggoreng telur dan lalu di kelambu abah nampak matanya yang hening terbuka...patutlah masa saya tengok abah, saya dah nampak tangan abah macam tu...bila mak pergi tengok dan panggil abah barulah saya sedar theres somethinh wrong with him...mak panggil abah dan mak kata abah hanya menyahut sedikit...mak suruh panggil cik mat tetapi cik mat tiada...cik nah datang dan jiran2 lain juga mula datang...abah dah tak sedar, dah tiada respon tetapi matanya masih terbuka cuma memandang ke atas....saya dengar bunyi mengerang abah lama sebelum itu, cuma saya memang tidak terfikir apa-apa langsung.sebab sebelum ini, abah memang selalu mengeluarkan bunyi begitu....MA datang ke rumah dan abah dihantar ke hospital..pada mulanya kami hanya mahu menunggu sahaja di rumah tetapi dengan nasihat jiran-jiran kami bawa abah ke hospital...dalam ambulans, sudah banyak kemungkinan yang muncul dalam kepala saya dan mata abah mula tutup perlahan-lahan...saya memang cuak, mana tahu di situ semuanya akan berakhir...Alhamdulillah, kami sampai ke hospital dengan selamat...di wad kecemasan, abah mula sedar selepas ditekan dadanya oleh Dr....harapan saya mula berbunga dan Dr syak abah kena strok tetapi selepas itu Dr juga seperti hilang punca...abah dihantar ke wad harian dan saya tunggu hingga tengah hari..

Only after that my sis came and i cannot imagine how i felt at that time when he kept asking for water...he began to react like an innocent child who wanted for water so badly...he still awake but he cannot memorise all of us accordingly...maybe he didnt really conscious, just awake...i went back home, living my abg long there...my kak nisah arrived and drove my mak to hospital to see him...still, he awake but he still want the water..the dr insisted he cannot be given any food and water until his condition being finalized by all the dr who handled his case....

i moved on my life, went to school as usual, but then i heard his condition getting worse and being admitted to ICU...on monday noon, abah was ICUed and he was unconscious....i went to see him right after i went home with Kak Cik..alhamdulillah, she can drive me to hospital...

In ICU, i saw my akak's eyes were red, filled with tears and when i saw him my tears started falling down and all my strengths i have in my entire life for 23 years vanished, faded away just like that..maybe that was the most saddest day in my life as i remembered...with all those kind of tubes and wires, seeing him lying down helplessly i felt really weak, realized how weak a human can be...i cannot control my tears..

i cant write it anymore~



No comments:

Post a Comment