Sunday, April 26, 2009

Masih Belum Tamat~

research sudah selesai...alhamdulillah..saya pulun dalam dua hari sahaja. syukur hanya perlu edit proposal, tetapi bahagian methodology memang menduga iman dan kesabaran. dengan berlagak pandai, saya menokok tambah apa yang patut. data saya analyze sesuka hati untuk menyedapkan sang pembaca dan saya sudah tidak larat untuk mengedit dan melakukan penambah baikan. siap sahaja, terus saya print.
akhirnya virus menyusahkan saya lagi. tidak tahu dr mana ia timbul dan datang, hampir2 saya kehilangan soft copy kerana tidak boleh dibuka dengan laptop wong. puas saya berulang ke pejabat mencari cd nak install printer tpi rezeki saya kurang baik. en mahathir kata tiada dlam simpnan. beliau tidak ingat siapa yg meminjam. skarang hnya tunggu dr rahimi dan kemudian saya boleh enjoy katak. penat saya dalam 4 bulan ni, ditambah dengan research yang entah apa2 ini dan kerenah mengarut bdk2 smkj.
tadi saya merasakan yang kelas2 saya dlm keadaan yang baik walaupun amat susah untuk memnbuatkan mereka faham. dengan 2 m yang haprak, 2 s dengan si anuar yang bising tu. semuanya ada kerenah dan tabiat msing2. syahmi dlm kedaan baik, controllable even msh suka menjawab. rahim plak msh enggan belajar. emak dan ayah susah payah bekerja di kilang krtas dia datang ke sekolah bercita2 menjadi gangster kampung junjung. tidak tahu lagi apa yang boleh dilakukan untuk memahamkan mereka. jika apa yang saya ajar td diteruskan kaedahnya, mustahil sylabus math f2 boleh dihabiskan. hanya mengajar concept yang mudah dlm masa 80 minit, bagaimana harus saya menyiapkan mereka dengan tajuk yang lebih payah. amat payah untuk memasukkan ilmu kerana minda mereka tidak ditumpukan sepenuh perhatian pada kelas, merewang dan melayang tanpa jasad dan nyawa. jika mereka menumpukan perhatian, topik yang saya ajar bukn la sesusah mana. saya sudah menggunakn kaedh yang paling mudah. chalk and talk. dont expect me to do ore than this. jgn bercerita tentang constructivisme, mastery learning, atau smua teori yang saya belajar di u dulu di sini. ini bukan tempatnya. kemalasan mereka menjadi barrier yang kukuh menghalang dan mengekang mereka daripada kejayaan. dengan sikap yang ada, dengan kurang ajar dan tidak sopan, mereka bukan lah makhluk yang boleh berdikari untuk belajar sendiri. mereka amat mudah berputus asa. jika saya dahulu, salagi tidak dapat jawapan untuk setiap solan, selagi itu saya tidak senang duduk. walau sepuluh kali saya cuba, saya tidak jemu. pantang saya berputus asa selagi belum masanya. saya dulu belajar hanya dengan apa yang diajar guru. selebihnya saya guna buku rujukn. di sekolah adalah masa untuk belajar. saya belajar masa saya harus belajar, bermain masa sya harus bermain. semua saya lakukan sepenuh hati. ibarat mereka dan saya, mcm langit dan bumi jauhnya. jika saya tidak menekan, mereka tidak akan melakukan apa2. jika saya mengunakan apa yg saya buat td, pasti saya akan jauh ketinggalan. mustahil untuk saya menyediakn smuanya untuk mereka. mereka perlu menyiapkan kerja yang diberi dan berusaha selagi termampu. bukan menyerah kalah tanpa berjuang.
esok untuk pengajaran, saya perlu berfikir lagi. harapnya prestasi esok lebih baik dari sebelumnya. Insya allah~

1 comment:

  1. go rofi go..you can do it..trust with yourself and else tawakal to ALLAH..All the best for your last week training! career is waiting for you(",)

    ReplyDelete