Tuesday, April 21, 2009

Mula bercerita...

mula bertatih menulis di blog..mencari sedikit ketenangan setelah melalui minggu yang penuh dgn cabaran ini. saya bukan la pencerita yang hebat tetapi dlm tempoh hampir 4 bln ini, sy akhirnya tunduk dengan hati yg meronta2 untuk bercerita....byk btul dugaan sye..
mule2 merasakan empat bln ini akn berlalu dgn amat tenang, bahagia, menggembirakan tetapi..impian yg indah x selalunye berakhir dengan keindahan juga...
bergelar guru praktikum...
mengajar di sekolah yg sma statusnya dengan sekolah lme sy dulu tp persekitarannya jauh berbeza. sy bersekolah di sekolah biasa shj, sekolah kampung yg ad mcm2 perangai. x mau belaja, dtg sekolah menghabiskan duit mak bapak tapi sekurang2nya mereka masih MAMPU nak hormat dan TAKUT dengan insan yg bergelar GURU. TETAPI di sekolah ni, sy berdepan dengan cabaran baru yg langsung x pnah terfikir dek benak saya. dengan sifat dan tingkah laku yg kurang ajar, sya akhirnya berasa amat MENYAMPAH dengan mereka. sya belajar berleter, menggunakan perkataan yg kasar dan tidak beradab, menengking dengan sekuat hati malahan x segan silu pon nk menyumpah seranah mereka...
Dengan hasrat hati dan niat yg amat ikhlas dan beranggapan tangungjawab perlu diditunaikan sebaik dan sesempurna mungkin, sy mula mengajar. menucurah, berkongsi ilmu yg tidak seberapa ni...harapannya mereka akan belajar dengan bersungguh2..hoping so badly they will be with me all the time, but....i use this word very frequently nowadays...since im in this school...rasa yang boleh sy gambarkan macam nak 'ghaibkan' je mereka dari muka bumi ini. nak lenyapkan mereka supaya dah x ada lagi mereka dalam hidup saya semasa sya di sini..so that i can teach just anyone who really wants to learn...im not a teacher who'll sacrifice everything for the sake of their students no matter who they are unless they really want it in that way...really determine to learn and study....for those like that im willing to do everything but not for those who just come to school enjoying their days without any purpose...being rude to teachers, ignorant, stupid but lazy, STUPID STUPID to the power of infinity...this kind of students is not my concern at all...
Untuk empat bulan, rutinnya sama sahaja: marah, bebel, tengking, jerkah, sindir, seranah, cubit, ketuk, tumbuk semuanya sya dah cuba hanya untuk membuatkan mereka mendengar dan belajar sesuatu..tapi langsung tidak berhasil. sya bukannya manusia yg jahil, hanya tahu memarahi tanpa rasa dan perasaan tapi mereka bukan makhluk yang LAYAK untuk disayangi dengan sepenuh hati...sy switch approach menangani mereka, dr tegas dan strict kepada seorg yang lovely, smiling brightly to them, talking gently, be nice to everyone in the class........................................so typical of a practicum teacher ...
Apa balasannya? Mereka BERPESTA di dalam kelas saya. Seolahnya kesabaran saya dipijak-pijak, dihina-hina ketika itu, seolah2 mrasakan saya ni x bernilai langsung, macam sampah...hari itu kepala sya macam nak meletup kalau ikutkan hati saya nak tempeleng je semua tapi nanti kene SAMAN plak...langsung x d peluang nk jadi cikgu betul...sejak itu untuk kelas tu saya dah x pernah senyum lagi, tiada lagi keramahan dan kemesraan, hanya saya masuk untuk mengajar memenuhi 'hari' untuk sempurnakan latihan mengajar ini...jika tidak mungkin saya hanya akan duduk membatu di dalam kelas, melihat mereka dengan pandangan jelik melihat bagaimana bodohnya mereka membodohkan diri sendiri.,...tetapi 'takut' jika pensyarah datang dan melihat saya dalam keadaan itu dan mungkin saya dengan mudahnya mendapat 'fail' tika dan saat itu juga. sya kuatkan semangat, tenangkan hati, ikut nasihat rakan2 mereka bukan sesiapa dan hnya perlu bertahan utuk beberapa minggu sahaja lagi.... tapi yang pasti tiada lagi hati untuk mengajar mereka dengan sepenuh hati..
Dua minggu kebelakangan ini, sya mengajar seperti saya di sekolah dulu: memberi penerangan tanpa pedulikan mereka faham atau tidak kemudian apabila loceng berbunyi kelam kabut saya keluar seakan x cukup kaki nk melangkah keluar....sya dah MALAS dan TAWAR HATI untuk mengajar mereka dan berkongsi ilmu...they didnt deserve that...they are nobody to me...
The most suitable word best to describe the class: HELL HOLE....Out of the class feeling like enter a heaven.........counting days...6 days to out of this 'hole' makes me feel like i can breath freely...teaching those ignorant and stubborn brats, make me out of air...i cant breath at all when i was in that class, begging to have air so that i can breath....FREELY...HAPPILY....
Tidak adil untuk menyalahkan semua, yang amat pasti saya bukan sempurna malahan saya bukan dipaksa untuk menjadi guru, malahan dengan rela hati dan sepenuh hati saya memohon mengisi borang universiti untuk bergelar GURU, di akhirnya saya mula menyalahkan pihak lain dengan ketidakupayaan saya untuk membuatkan pelajar sendiri mahu belajar...saya mencuba dengan sepenuh hati, mengajar hingga suara saya serak tetapi mereka hanya berkhayal di dalam kelas...sya tertnya ap yang ada di dalam otak mereka dan mengapa mereka hadir ke sekolah....apa lagi yang perlu sya lakukan hanya untuk mereka menumpukan perhatian, menggunakan kapasiti otak mereka semaksima mungkin yang mana saya hanya mahukan yang terbaik untuk mereka, paling kurang pun supaya mereka mampu menjadi manusia yang mampu membezakan antara baik dan buruk...dosa dan pahala...tapi sekali lagi rasa dan impian itu hanya membuatkan saya menjeruk rasa...membuatkan saya marah pada semua....
inilah yang dinamakan pengalaman, yang akan menjadikan saya lebih kuat untuk berdepan dengan cabaran yang lebih getir..'dunia sudah berubah'..frasa yang membuatkan saya perlu muhasabah semula diri, mencari di mana kekurangan dan membaiki diri ...dunia perguruan bukan dunia ideal dipenuhi utopia indah khayalan saya tapi realiti yng menggigit rasa....penghuninya bukan lagi pelajar yang taat, hormat kepada guru lagi tetapi sudah banyak tercemar dengan segala macam pencemaran yang ada di muka bumi ini....bukan semua yng tercemar tetapi yg tercemar itu membuatkan yg suci juga terpalit cemarnya...berharap dengan penuh harap yang dunia kami ini akan ada warna pelangi untuk menghilangkan palit hitam noda dan cemar dunia ini....
Cerita panjang lebar ini hanya permulaan sebuah kisah yang lebih panjang....4 bulan di sini mngajar saya tentang satu perkara: mengajar bukan perkara mudah dan enteng....hidup saya tunggang terbalik di sini...cemburu bila dengar nurul kata sayang nak tinggalkan sekolah sedangkan saya menghitung hari nak keluar dr sekolah ni....kawan-kawan dan sahabat lain juga x sepayah dan sesusah ni, x perlu menumpahkan air mata...x perlu menjerit sekuat hati melolong dalam kelas....mereka mengajar yg refuse untuk belajar juga tapi tidak lah sesukar apa yang saya hadapi di sini....sikap kurang ajar menjadi titik tolak bezanya sikap pelajar di sekolh ini dengan apa yang kawan2 lain hadapi...
Saya hanya mahu habis segera...Pulang ke tempat asal saya dan meninggalkan kenangan ini jauh2 di bumi kedah ini....tiada apa yang perlu dibawa pulang hanya satu azimat: its been the finest day in my entire life the day im out of this school...

No comments:

Post a Comment