Wednesday, April 22, 2009

Ketagihan.....

Rasa ketagihan di hati untuk menulis...biasa lah untuk yang pertama kali seperti saya belajar menulis blog...trial-and-error..kalau dahulu mahu berpeluh mencuba sesuatu yang baru macam ni tapi sekarang asalkan mahu mencuba pasti ada hasilnya...akhirnya dapat juga create blog yang amat simple ini. Saya hanya menulis untuk menzahirkan apa yang saya rasa semasa dalam tempoh latihan mengajar ini...gembira yang sedikit, sedih dan ralat yang amat banyak...
Ada masa untuk berblog sedangkan research masih belum terusik sikit pun...terasa amat MALAS untuk berfikir memerah otak menyiapkan assignment yang due datenya makin hampir...lebih kurang seminggu masa yang saya ada sebelum saya harus pulun dan struggle untuk menyiapkan report action research. saya sudah penat untuk mengharapkan kesempurnaan malahan walaupun 1% daripada mereka yang terlibat dengan action research saya ini...hanya yang perempuan sahaja boleh diharapkan untuk menyempurnakan tugasan yang amat sukar ini...paper pga 104 hari tu pon terkial2 saya nak 'digest' contentnya tetapi masa LM kena apply semua yang saya belajar 3 tahun lepas itu. Terasa terlalu terbeban dengan research ini tetapi saya pegang yang setiap tanggungjawab dan amanah perlu dilaksanakan sebaik mungkin. jadi selesai sahaja ujian esok, saya perlu memulakan fasa pertama menghadamkan semua bahan yang saya kumpul dan analisis ujian. tika dan saat itu, peperangan saya yang terakhir berakhir selepas "perang dengan Dr Rahimi" dan 'Kak Nora'.
Harapnya beban perasaan saya ini akan segera berakhir kerana mngu ni saya betul2 tersentak dan terhenyak....dan mula lah sedih dan kecewa mengekori saya dengan rapat dan mengganggu kelancaran, ketenangan dan kegembiraan hidup saya... Yang akhirnya membuat saya hopeless sangat dengan LM ni...

No comments:

Post a Comment