Wednesday, April 22, 2009

Puas atau Menurut Nafsu?

Pengumuman menyuruh pelajar ting 2 pergi ke library untuk taklimat pergigian..dengan sengaja saya membuat tanda 'yes'.....di tengah mereka dan mereka menjerit kegembiraan...saya tidak sopan mereka kurang ajar....sama sahaja kan...fair and square...pada mulanya merasakan 2 maju menjadi begitu kerana salah saya maka saya asyik menyalahkan diri sendiri, menyalahkan yang saya tidak pandai mengajar...tetapi akhirnya saya sedar yang semuanya bukan salah saya tetapi mereka sudah terbiasa dengan keadaan begitu: kurang adab dan sopan, menjawab setiap patah kata yang diucapkan cikgu malahan gtidak segan silu melakukan atau melawan cikgu. itu kesimpulan saya buat dalam tempoh empat bulan ini. mungkin mengtakan kesimpulan itu tidak adil tetapi saya bukan membuta tuli menafsir menganalisa setiap keadaan mereka. jika sudah semua pandai melawan, mengendahkan sahaja ajaran dan teguran guru maka salah siapa itu? salah saya juga sebagai guru atau sebagai manusia yang hanya mahukan mereka berjaya paling kurangnya? jangan katakan yang lelaki sahaja, yang perempuan juga sudah nampak belangnya. kata-kata kite dikotak katikkan. menjawab dengan sinis malahan ada juga yang melawan dengan nada kurang ajar. ada satu persoalan yang dibangkitkan oleh kak khia, adakah cikgu yang mengajar di dalam kelas mengajar semua menjadi perompak? tuan pengetua juga dengan tegas mengatakan bilik darjah tempat yang amat mulia. sekali lagi persoalan ini dikaitkan dengan tingkah laku pelajar itu, cara didikannya, cara dibesarkan dan bagaimana suasana persekiran mereka yang turut mencorakkan tingkah laku meraka di dalam kelas.
Geram dengan tingkah laku mereka, saya mengambil jalan singkat memuaskan nafsu amarah dengan memanggil guru disiplin. Puas melihat mereka dirotan...Acapkali saya mengatakan untuk tidak menghiraukan mereka, mengajar untuk yang mahu mendengar sahaja tapi bukan tabiat saya untuk membiarkan sahaja tingkah laku pelajar yang kurang adabnya di dalam kelas saya. itu yang memacu kepada tingkah dan sifat keras saya di dalm kelas. adil atau tidak? reverse psikologi bukan style saya kerana kebaikan dan kemesraan yang saya pamerkan dibalas dengan kurang ajar dan biadab lantas jalan yang paling mudah kita kembali kepada guru tipikal zaman2 dahulu yang garang dan tidak mesra. Itu yang menjadi titik tolak kejayaan dan manusianya saya tapi mereka pula bagaimana? acuan apa yang perlu untuk murid-murid ini menjadi manusia dengan erti kata yang sebenarnya?
Persoalan saya masih samar-samar jawapannya, puaskah hati saya melihat mereka dihukum tapi langsung tidak insaf atau itu hanya menurut nafsu amarah saya tunduk dengan hasutan syaitan? memohon maaf syahmi pon saya pandang sepi kerana dia tidak insaf langsung, dalam hati saya mahu sahaja kata hal dia tiada kaitan dengan saya. Lantak pi hangpa la nak jadi apa...Saya dah berusaha dengan sebaik mungkin...Cuma saya tidak lagi sesemangat semasa mula2 tiba di sekolah ini....Biar mereka memilih jalan untuk mereka...
~ I can bring a horse to the river but not to force 'him' drink the water.........

No comments:

Post a Comment