Tuesday, April 28, 2009

My second last day here......

Sepatutnya saya sudah boleh bergembira dan bahagia di hari kedua di sini.  tetapi sayangnya masih ada tugasan yang perlu disudahkan.  dr masih mahu datang dan 'observe'.  saya berasa amat tidak puas hati dan terkilan.  kawan-kawan yang lain sudah bergembira, su bercuti hari ni untuk menyiapkan research, jah sudah lama habis observe, nurul juga menjadi kupu-kupu malam kerana tiada lagi beban dan tanggungjawab.  hanya saya yang masih terkial-kial berfikir dan memerah otak untuk menyiapkan lesson plan untuk esok.  tetapi kerana rasa malas yang amat besar, saya hanya membuat sesuatu yang amat biasa dan simple.  hanya menulis tangan kerana pen drive dimakan virus, saya sudah terlalu malas untuk menghadapi semua ini. saya hanya mahu pulang dan berehat.  masa bekerja akan tiba dua atau tiga bulan lagi, jadi sebelum itu saya perlu berehat dahulu.  inilah naluri yang akhirnya selalu membawa manusia ke jalan kehancuran dan kebinasaan.    

No comments:

Post a Comment