Wednesday, April 29, 2009

Teacher's heart is fragile?

Lembut rupanya hati seorang manusia bergelar guru...baru saya tahu makna perasaan dan hati seorang manusia bernama guru....tatkala seorang anak muridnya memohon maaf, tersentuh juga hati ini yang rasanya sudah amat keras...dia mahu juga memohon maaf untuk kesalahan dia, meminta dihalalkan ilmu yang diberi.....masa itu terasa lembut hati saya, memaafkan dia dan berharap tiada apa yang terjadi. tetapi, akan selalu ada tetapi dalam hidup ini; separuh hati saya lagi enggan untuk memberikan kemaafan itu...sungguh saya sudah menghalalkan ilmu saya tetapi hati yang dicarik dia belum mahu untuk memaafkan dan melupakan semuanya...its easy to forgive but not to forget....tadi dia masih mengharapkan kemaafan daripada saya, saya cuma tidak tahu sama ada dia sudah insaf atau belum...sekurangnya dia sudah memohon maaf, mengeluarkan patah-patah perkataan keramat itu dari mulutnya. saya hanya mahu dia membesar dengan kebaikan, menjadi manusia yang baik....yang boleh berbakti....ini buktinya bagaimana hati yang sudah saya keraskan sejak hari pertama di sini seakan cair bila saya mendengar dia berbicara memohon maaf.....rasa yang masih sama, aroma kelas yang masih sama tidak berubah, sama dengan keadaan hati saya pada mereka; tidak berubah...saya membahagi hati saya untuk 2 kelas itu tanpa adil, satu dengan gembira walaupun masih ada marah dan tegas tetapi untuk yang satu lagi saya tidak pernah merasakan kebahagiaan..amat tidak adil...itu satu lagi hal yang perlu diselesaikan sebelum saya benar2 layak bergelar guru.....saya perlu berlaku adil pada semua...saya marah dengan 2s tetapi kemudian marah itu akan hilang dengan hari yang berlalu tetapi di kelas yang satu lagi, saya seakan menyimpan marah itu, saya kumpul sedikit demi sedikit hari demi hari dan menjadi dendam yang tiada kesudahan..saya tidak tahu mengapa, tiada jawapan langsung untuk itu....saya menyelam ke dalam hati saya, bertanya mengapa tetapi kemudian saya sendiri yang membiarkan soalan itu tanpa jawpaan. saya seakan takut untuk mencari jawapan kerana takut ia akan membawa kepada kesalahan diri saya sendiri...saya takut saya yang memang layak dengan semua yang berlaku di sini..saya amat takut dengan hakikat kebenaran itu...hakikat yang menyakitkan saya sendiri akhirnya....

Hari terakhir di sini masih sama dengan hari sebelumnya, cuma saya tidak mengajar sangat untuk 2 s. 2 m saya mengajar seperti biasa dan mereka seperti biasa mengecewakan saya. topik yang sepatutnya sudah patut lama dikuasai sejak di form 1 masih ramai yang gagal untuk menguasainya dengan sempurna. saya marah seperti biasa, dari suara yang lembut dan baik ia bertukar sekelip mata menjadi halilintar......sangat sakit hati bila mengetahui mereka tidak memahami apa yang diajar..jika salah saya langsung tidak pandai mengaja, tentu semua tidak akan faham tetapi yang perempuan masih ramai yang boleh faham so theres something wrong with the boys.....my main concern is they refuse to listen....suka memerhati keadaan sekeliling dan hilang dalam dunia fantasi masing-masing yang tiada sempadan....

Saya masuk ke kelas 2s sebentar dan memberikan ganjaran kepada yang memperolehi markah tinggi dalam test 1 dan 2. hadiah yang amat simple tetapi harapnya dapat dihargai daripada seorang guru praktikal.....kemudian saya menyemak buku latihan untuk mengelakkan kak nora bertambah beban kerja dan membiarkan mereka melakukan kerja sendiri...ada yang bising dan saya masih menghukum mereka berdiri tetapi nazirul dan husaini masih patuh kepada saya..tidak membuat muka melawan dan tidak puas hati..itu yang menjadi perbezaan langit dan bumi antara 2 kelas itu....saya sudah puas marah pada 2s tetapi kemudian mereka akan melupakan nya dan masih sanggup untuk belajar dengan cikgu garang ini tetapi 2m amat mudah melawan. faiz izuan, anuar, husaini, hafiz, haqqim semuanya pernah menjadi mangsa kemarahan saya tetapi mereka pada akhirnya akan belajar tanpa dendam....yang perempuan juga sama, ada seorang dua sahaja yang main2 tetapi kebanyakan mereka belajar dengan baik...kerja rumah disiapkan, dan belajar dgn tekun...saya tiada masala dengan mereka....masalah utama saya adalah 2m yang amat malas dan perlahan dalam proses pembelajaran......saya amat sakit hati kerana konsep mudah juga mereka tidak boleh lakukan....
harapan saya agar meraka akan berjaya akhirnya dan tidak menyesal kerana tidak pernah bersungguh dalam pelajaran.....


1 comment:

  1. ati cikgu mmg lembut...nmpak mrh kt lua..tp sbnr...huhu....cannOt explain...hy org yG dpt rs je taw

    ReplyDelete