Friday, April 24, 2009

RESEARCH OH RESEARCH.......

saya masih sempat untuk berjalan2 ke Jusco siang tadi...kak dila belanja mcd...berjalan2 menghabiskan masa dan duit...walaupun tengah kekeringan tetapi nafsu membeli masih ada...dapat selipar sepasang dan novel. novel lain yg dicari novel lain yang sy beli....melayang juga duit saya.....research masih belum complete, report pula perlu dihantar isnin ini. hati ini bimbang dengan semuanya yang masih belum complete ditambah pula dengan dr rahimi nak datang observe, ada banyak perkara yang perlu ati, sudah lama diselesaikan tetapi hati masih boleh bersukaria dengan gembiranya...
nurul datang ke rumah, lagi bertambah aktiviti yang boleh dilakukan. asyik bergelak ketawa, mendengan die menjadi penglipur lara tak bertauliah. kalau ada jiran yang sakt hati sudah lame saya dijerkah agaknya....berjumpa nurul sekurangnya mengurangkan sedikit sakit di hati dengan komen yang diterima. masih lagi boleh untuk saya bergelak, mendengar ceritanya di sekolah. two persons with same responsibility but with different result...saya berduka di sini dia bergembira di sana. terasa cemburu yang amat sangat bila mengenangkan betapa gembiranya hidup dia di sana dan hidup saya di sini seperti tersepit dalam lubang x boleh nak bernafas...dada saya sesak, hati meronta, minda keletihan malahan akhirnya fizikal saya juga bertindak balas melepaskan geram di hati.. dari hanya bersenjatakan suara, saya beralih ke tangan dan dari buku teks ke buku log saya 'membantai' 2 m. tetapi mereka bukan insaf, tetapi makin bertambah liat untuk diubah. sepatutnya mereka sendiri yang mahu berubah tetapi jika jalan gelap juga dipilih saya hanya mampu melihat dan ketawa melihat kejahilan dan kedangkalan mereka. tersenyum tanpa malu, bercakap tanpa segan ketika guru mengajar; itu semua bukti betapa seriusnya penyakit pelajar kita hari ini. ubat bukan di tangan kami lagi tetapi ibu bapa yang perlu mengadakan ubat untuk anak-anak mereka. saya sudah tidak kuasa untuk mengubah mereka, kerana mereka bukan manusia yang pandai bersyukur. marah dan dendam saya pada syahmi seakan ingin dilampiaskan dengan doa untuk dia jahanam dunia dan akhirat tetapi rasionalnya, saya bukan sesiapa untuk berhak berniat sedemikian. biarlah si luncai tenggelam dengan labu-labunya. saya msih boleh menjalani hidup ini dengan aman tanpa mereka, seperti menekan key 'delete' maka lenyaplah smkj dari hidup saya selamanya.

~five more days to go.......

No comments:

Post a Comment