Saturday, May 2, 2009

Hari baru....

beberapa hari lagi saya di sini sebelum kembali ke kampung halaman.....bercuti beberapa bulan sebelum mengetahui sama ada saya akan dapat posting atau memasuki kategori penganggur kehormat...abg cik sudah memberitahu dengan jelas, tamat saja saya belajar maka tamatlah tanggungan kewangan dia ke atas saya...saya perlu mula mencari wang sendiri dan berdikari..buat masa ini saya akan 'menjaga' mak dan ayah saya dahulu, mendapat wang saku 100 sebulan dan tambahan digi cam sebijik..itu yang membuatkan saya menangguhkan hajat untuk bekerja...saya perlu berehat dahulu, berehat dalam erti kata akan duduk-duduk sahaja di rumah, sambil makan dan tengok tv.....
beberapa hari sahaja lagi juga saya akan meninggalkan sahabat-sahabat di sini, sahabat yang sudah bersama saya sejak di hari pertama saya di usm...mengenali semua yang amat baik..kawan yang bersama2 bersengkang mata menyiapkan assignment sama2 mengumpat juga...ingatnya saya tidak akan berasa apa2 tetapi semakin lama saya saya semakin sayu....meninggalkan mereka semua...sayu dan hiba mula beraja di hati...saya sungguh bersyukur mengenali mereka, berpeluang untuk menjadi sahabat mereka..sahabat yang sungguh2 bersama saya sejak mula.
masih ingat bagaimana payahnya berebut untuk masuk mendaftar tutorial math buat pertama kali, nurul masih juga masuk sekali dengan saya walaupun nama dia sudah ayin tuliskan....berebut dalam erti yang sebenar, semua berpusu2 berebut tolak menolak untuk masuk agar dapat memilih hari dan waktu yang paling ideal....kemudian apabila demam asignment bermula, kami mula bertungkus lumus menyiapkan kerja yang amat seronok dilakukan last minute...

No comments:

Post a Comment